Mujibur Rahman (1920–1975), menjadi perdana
menteri pertama Bangladesh pada bulan Januari
1972. Mujibur Rahman (dikenali sebagai Mujib)
meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada
bulan Januari 1975 dan mengambil alih jawatan
presiden Bangladesh. Ketua-ketua angkatan tentera
negara tersebut menggulingkan kerajaan Mujib dan
membunuhnya pada bulan Ogos 1975.
Perlembagaan Australia diisytiharkan pada
1 Januari 1901 apabila keenam-enam koloni yang
berasingan bergabung bagi membentuk
Komanwel Australia. Lihat Perlembagaan;
Persekutuan Australia.
Slovakia ialah sebuah negara di tengah Eropah
yang mencapai kemerdekaan pada 1 Januari 1993.
Negara ini disempadani Poland di sebelah utara,
Ukraine di timur, Hungary di selatan, dan Austria
serta Republik Czech di barat. Dari tahun 1918
hingga 31 Disember 1992, Slovakia dan Republik
Czech merupakan rakan dalam negara yang lebih
besar, iaitu Czechoslovakia. Kerajaan komunis
mengambil alih tampuk pemerintahan
Czechoslovakia dari tahun 1948 hingga tahun 1989.
Antonius, George (1892–1942) ialah penulis dan
aktivis politik Palestin. Pada bulan Januari 1939, dia
dipilih sebagai salah seorang wakil bagi mewakili
negara Arab dalam persidangan mengenai masa
depan Palestin. Antonius kemudian dilantik sebagai
setiausaha agung bagi perwakilan Arab. Persidangan
yang diadakan di London itu berlangsung selama
enam hari dan berakhir dengan jalan buntu.
Edward VIII (1894–1972), menjadi raja United
Kingdom (UK) pada 20 Januari, 1936, dan turun
takhta pada 11 Disember pada tahun yang sama.
Perjanjian Kawasan Ekonomi Eropah (EEA)
mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1994. Perjanjian
ini mewujudkan kawasan perdagangan bebas yang
terbesar bagi 372 juta pengguna. Ia merupakan satu
perdagangan dan pakatan ekonomi antara semua
anggota Kesatuan Eropah berserta Norway dan
Iceland , iaitu ahli Pertubuhan Perdagangan Bebas
Eropah (EFTA). Liechtenstein turut sama dalam
perjanjian EEA ini pada 1 Mei tahun 1995.
ahli perniagaan terkaya di Malaysia dengan nilai harta pada bulan Januari 2005 dianggarkan berjumlah RM16.96 bilion
Republik Czech ialah negara yang terletak di
tengah Eropah yang memperoleh kemerdekaan
pada 1 Januari 1993. Negara ini bersempadan
dengan Poland di sebelah utara, Slovakia di
sebelah timur dan Jerman di sebelah barat. Prague
ialah ibu negaranya dan bandar yang terbesar. Dari
tahun 1918 hingga 31 Disember 1992, kawasan
yang kini Republik Czech bersatu dengan Slovakia
bagi membentuk sebuah negara yang lebih besar
dikenali Czechoslovakia.
Doenitz, Karl (1891–1980), laksamana Jerman,
menjadi ketua turus angkatan laut Jerman
pada bulan Januari 1943, semasa Perang
Dunia II.
Thanks for clicking. That felt good.