| JARAK | | UMUM | |
| MINYAK JARAK | Minyak jarak ialah minyak tidak berwarna yang digunakan sebagai julap. Minyak yang baru adalah jernih dan melekit. Minyak jarak merengsakan dinding usus dan menyebabkannya berfungsi. Jika digunakan terlalu kerap, ia boleh menyebabkan sembelit. Minyak jarak digunakan sebagai ubat, tetapi banyak proses perindustrian menggunakan kebanyakan bekalan minyak ini. | UMUM | |
| TAHUN CAHAYA | Tahun cahaya ialah satu unit yang digunakan oleh ahli astronomi untuk menerangkan jarak di antara bintang. Ia adalah jarak perjalanan dalam satu tahun oleh satu denyutan cahaya. Cahaya bergerak pada kelajuan 299 792 kilometer satu saat. Oleh itu, satu tahun cahaya adalah bersamaan 9.46 juta kilometer. Sebuah kapal terbang jet yang terbang pada kelajuan 800 kilometer satu jam perlu terbang selama 1.34 juta tahun supaya terbang dalam satu tahun cahaya. Jarak astronomi adalah tersangat luas hinggakan bintang yang paling hampir dengan bumi – selain dari matahari – ialah 4.3 tahun cahaya jauhnya. Lihat juga Bintang (Bintang di dalam alam semesta). | UMUM | |
| ANJAKAN MERAH | Anjakan merah ialah anjakan jarak gelombang cahaya yang dipancarkan oleh objek kosmos ke arah jarak gelombang yang lebih panjang (merah) pada spektrum objek tersebut. | UMUM | |
| PERLUMBAAN LEBUH RAYA | Acara lari jarak jauh sejauh 26 batu, 385 ela diadakan sejak Sukan Olimpik zaman Greek Purba. | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
| MORTAR | Mortar ialah sejenis senjata jarak dekat yang digunakan untuk mencapai sasaran dekat yang terlindung oleh bukit atau halangan lain. Mortar menembak peluru pada lengkungan yang luas dan menyingkirkan halangan tersebut. Ia mempunyai sudut tembakan yang lebih luas, laras yang lebih pendek dan halaju laras yang lebih rendah daripada meriam atau howitzer. Mortar adalah ringan, mudah dialih dan mempunyai kuasa tembakan yang tinggi. | UMUM | |
| MERENTAS DESA | Merentas desa ialah perlumbaan jarak jauh. Tidak seperti perlumbaan trek dan padang, pertandingan merentas desa tidak dijalankan di atas trek. Pelumba biasanya berlumba merentasi padang atau padang golf dan sering kali juga melalui hutan dan bukit. | UMUM | |
| DIAMETER | Diameter, dalam geometri ialah jarak satu garis lurus segmen yang merentas di tengah-tengah bulatan atau sfera, dan mencecah sempadan rajah pada titik bertentangan. Diameter juga nama untuk garisan segmen. | UMUM | |
| SEKSTAN | Sekstan ialah alat optik yang mengukur jarak sudut di antara dua titik, seperti di antara matahari dengan garisan ufuk. Sekstan juga digunakan untuk pengemudian dan kaji selidik. Alat ini dinamakan menurut bentuknya iaitu lebih kurang satu per enam daripada satu bulatan. Bingkai sekstan menyokong satu lengkok (arka) yang bersenggat, lengan indeks yang boleh digerakkan yang mewakil radius bulatan itu, dua cermin dan satu teleskop kecil. | UMUM | |
| KILOMETER | Kilometer ialah unit jarak dalam sistem metrik. Simbolnya ialah km. | UMUM | |