| ELL | Ell ialah ukuran panjang yang dikira dari lengan bawah. Perkataan ini berasal daripada perkataan Anglo-Saxon, eln atau Teutonik, alina, yang bermakna lengan bawah dari hujung jari hantu hingga siku. | UMUM | |
| TIKI | Tiki ialah sejenis loket Maori berbentuk tubuh manusia yang dipakai di leher (lihat Maori ). Tangan pada ukiran tersebut mempunyai tiga jari dan kakinya terlipat di bawah badan. Orang Maori gemar menggunakan batu jed untuk membuat tiki dan tiki jed ini dikenali sebagai heitiki . Kebanyakan tiki berbentuk orang perempuan, walaupun loket tersebut ada kaitan dengan watak mitos, yang juga dikenali sebagai Tiki, yang dipercayai adalah lelaki yang pertama. | UMUM | |