SATELIT TIRUAN | Satelit tiruan ialah objek buatan yang mengorbit bumi ataupun jasad-jasad lain secara berterusan di angkasa. Kebanyakan satelit tiruan mengorbit bumi. Manusia menggunakannya untuk mengkaji alam semesta, membantu dalam peramalan cuaca, memindahkan panggilan telefon merentas lautan, membantu pengemudian kapal dan kapal terbang, memantau tanaman pertanian dan sumber alam lain, dan memerhati pergerakan peralatan tentera di bumi. | UMUM | |
HUKUM JASAD JATUH | | UMUM | |
SATELIT | Satelit , dalam astronomi, ialah jasad yang beredar mengelilingi sebuah planet. Perkataan satelit bermaksud “penjaga.” Bulan kita yang mengelilingi bumi dalam perjalanannya mengelilingi matahari, ialah sebuah satelit. Jasad yang kabur atau gelap yang mengelilingi bintang- bintang tertentu dan menyebabkan cahayanya gelap atau cerah juga dinamakan satelit. Bintang yang dikelilinginya dinamakan bintang-bintang berubah gerhana. Sekurang-kurangnya tujuh planet dalam sistem suria kita mempunyai satelit. Planet-planet ini ialah Bumi, dengan satu satelit; Pluto dengan 1; Marikh dengan 2; Neptun dengan 2; Uranus dengan 15; Musytari dengan 16; dan Zuhal dengan 18. Lihat rencana planet yang berasingan, seperti Musytari . | UMUM | |
PASIR JERLUS | Pasir jerlus ialah jasad pasir yang amat halus. Pasir jerlus ini biasanya terdapat di dasar sungai dan tepi pantai. Jasad pasir ini mempunyai sifat cecair disebabkan air yang mengalir melalui butir- butir pasir dan menghalang pasir-pasir itu daripada mendap. | UMUM | |
MEDAN ELEKTRIK | Medan elektrik wujud dalam ruang di sekeliling jasad bercas dan boleh dikesan melalui kesannya ke atas jasad bercas yang lain dalam medan itu. | UMUM | |
PENJELAJAHAN BIJIH | Kerja menjejaki jasad bijih yang ekonomi untuk dilombong. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Kaedah |
BALISTIK | Kajian sains tentang jasad yang dilancarkan menerusi ruang. | FIZIK | Konsep |
FORMASI MACINCANG | Tinggalan daripada jasad organik organisma atau kelongsong jasadnya yang telah mengeras dan terawet secara semula jadi dalam batuan di kerak bumi. Fosil berasal daripada perkataan Latin fossilis, yang bererti suatu benda yang diperoleh daripada penggalian lubang.... Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
HALAJU | Halaju ialah kadar sesuatu jasad bergerak dalam ruang dalam arah yang diberi | UMUM | |
PEREKATAN | Tarikan molekul yang dikenakan antara dua jasad atau dua bahan yang bersentuh. | FIZIK | Proses/Tindak Balas |