ARITMETIK | Aritmetik memberi jawapan kepada soalan seperti ‘Berapa banyak?’ ‘Berapakah harganya?’ dan ‘Berapa jauh?’ Ia membantu kita mendapatkan cara yang ringkas dan mudah untuk menyelesaikan masalah dengan nombor. Aritmetik kadangkala disebut ‘sains nombor’ dan ‘seni pengiraan’. Ia membentuk satu cabang penting matematik (lihat Matematik ). | UMUM | |
SAINS POLITIK | Sains politik ialah kajian sistematik tentang kehidupan politik. Ahli sains politik mencari jawapan kepada soalan seperti “Atas dasar apakah yang mewajarkan tindakan kerajaan?” dan “Untuk kepentingan siapakah kerajaan bertindak?” Mereka mengkaji pelbagai bentuk kerajaan dan juga parti politik, kumpulan yang mempengaruhi kerajaan, pilihan raya, hubungan antarabangsa, dan perkhidmatan awam. Kesemua ini adalah aktiviti individu dan kumpulan yang melibatkan hubungan asas manusia. Sains politik adalah berhubung dengan nilai asas, seperti kesamaan, kebebasan, keadilan, dan kuasa. | UMUM | |
PERTARUHAN | Pertaruhan ialah tagan atau sesuatu yang dijadikan cagaran berisiko kerana keputusan dalam suatu kejadian atau jawapan terhadap sesuatu pertanyaan. | UMUM | |
PAPAN OUIJA | Papan Ouija ialah peranti yang kononnya digunakan untuk bertanya kepada roh si mati dan menerima jawapan daripadanya. | UMUM | |
AYAT PENYATA | Ayat penyata ialah ayat yang memberikan maklumat, menyatakan fakta atau memberikan jawapan. | BAHASA | Konsep |
ORDER IN COUNCIL | Order in Council. Dekri yang dikeluarkan oleh kerajaan British apabila perkara yang amat penting melanda negara dikenali sebagai Order in Council. Ia mendapat nama tersebut kerana ia diisytiharkan atas nasihat Majlis Privi. Pada tahun 1807, Great Britain mengeluarkan Order in Council sebagai jawapan kepada ancaman Napoleon untuk menyekat empayar kepulauan. Dengan order ini, kapal-kapal British menyekat pantai Eropah dan menahan kapal perdagangan yang berkecuali daripada memasuki pelabuhan Eropah yang terletak di bawah kekuasaan Napoleon. Lihat juga Majlis Privi. | UMUM | |
BINGKISAN MELAYU | BINGKISAN MELAYU, buku yang mengandungi contoh-contoh surat kiriman dan jawapan dalam bahasa Melayu yang diterbitkan pada tahun 1952. Buku bertulisan Rumi ini asalnya diberi judul “Persuratan Melayu’’ dikarang oleh Mansor bin Sanusi. Penukaran judul buku ini dibuat kerana penulis merasakan bahawa judul asalnya tidak sesuai dengan isi kandungannya, tanpa membuat sebarang pindaan. Bingkisan Melayu diterbitkan oleh Sinaran Bros, Bayan Lepas, Pulau Pinang dan dicetak oleh Syarikat Percetakan Qalam, Jalan Geylang, Singapura. Kata pengantar buku ini ditulis oleh S.M. Zainal Abidin B.A dan diulang cetak sebanyak tujuh kali. | BAHASA | Kitab |
TEKA SILANG KATA | Teka silang kata ialah permainan kata yang popular. Ia biasanya dimainkan pada gambar rajah segi empat sama hitam dan putih. Satu set takrif atau klu bernombor biasanya dicetak berhampiran dengan gambar rajah ini. Tujuannya adalah untuk menjawab klu dengan kata yang bersilang melintang dan ke bawah gambar rajah ini. Pemain menulis setiap kata jawapan dalam baris segi empat sama yang kosong pada nombor yang sepadan dengan nombor klu. | UMUM | |
ASTRONOMI | Astronomi, ilmu falak atau astronomi adalah ilmu yang mengkaji bintang, planet dan benda- benda lain yang terdapat dalam alam semesta. Ahli- ahli astronomi sentiasa meneropong kedudukan dan pergerakan setiap jirim angkasa lepas. Penumpuan ahli astronomi tidak terhad kepada kegiatan meneropong semata-mata, malah mereka cuba mencari jawapan kepada persoalan seperti “Apakah rencaman bintang-bintang? dan Bagaimanakah bintang mendapat cahaya”. Oleh sebab itu, sesetengah ahli astronomi ini juga dikenali sebagai astrofizik, iaitu mereka yang mengkaji tindak balas fizik dan kimia yang berlaku di angkasa lepas. | UMUM | |
SURAH AL-RAHMAN | Surah al-Rahman ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah ke-55 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 78 ayat. Surah ini dinamakan al-Rahman (Yang Maha Pemurah), kerana permulaannya menerangkan hakikat perkataan al-Rahman, sebagai jawapan kepada sendaan orang kafir Makkah ketika diturunkan ayat berikut yang bermaksud: “Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang musyrik itu): Sujudlah kamu kepada al-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah)! Mereka bertanya: Dan siapakah al-Rahman itu?”. (Surah al-Furqan 25:60) | UMUM | |