Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jawatannya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PORTLAND, DUKE OF

Portland, Duke of (1738–1809) ialah perdana

menteri Britain yang memegang jawatannya

sebanyak dua kali. Semasa memimpin Parti Whig

(lihat Parti Whig ), dia mengetuai kerajaan

campuran untuk jangka waktu yang pendek pada

tahun 1783. Pada tahun berikutnya, pendiriannya

berubah dan dia keluar daripada Parti Whig, lalu

menyertai Parti Tory. Dari tahun 1794 hingga

tahun 1801, dia berkhidmat sebagai setiausaha

dalam negeri di bawah William Pitt the Younger.

Pada tahun 1807, dia kembali menjadi perdana

menteri dan mengetuai kerajaan Tory.

UMUM 
KISSINGER, HENRY ALFRED

Kissinger, Henry Alfred (1923– ), negarawan

Amerika yang terkenal. Dia berkhidmat sebagai

setiausaha negara Amerika Syarikat dari tahun

1973 hingga tahun 1977. Dia dilantik oleh Presiden

Richard M. Nixon dan mengekalkan jawatannya

setelah Gerald R. Ford menjadi presiden pada

tahun 1974. Kissinger juga berkhidmat sebagai

pembantu kepada presiden untuk hal ehwal

keselamatan negara dari tahun 1969 hingga tahun

1975. Dia merupakan penasihat dasar luar negara

yang paling berpengaruh bagi kedua-dua presiden.

UMUM 
LIE, TRYGVE

Lie, Trygve (1896–1968), negarawan Norway

yang berkhidmat sebagai Setiausaha Agung

Pertama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dia

dilantik pada tahun 1946 untuk tempoh selama

lima tahun dan dilanjutkan lagi perkhidmatannya

selama tiga tahun bermula pada tahun 1950. Walau

bagaimanapun, dia mengumumkan peletakan

jawatannya pada tahun 1952 dan mengosongkan

jawatan itu pada bulan April 1953. Soviet Union

menentang Lie kerana sokongannya terhadap

tindakan Amerika Syarikat di Korea Selatan. Lie

bersara dengan harapan dapat mengendurkan

ketegangan antarabangsa.

UMUM 
AQUINO, CORAZON

Aquino, Corazon (1933– ), presiden wanita

yang pertama bagi Filipina. Dia memegang jawatan

presiden dari tahun 1986 hingga tahun 1992. Dia

menggantikan Presiden Marcos. Kedua-dua Aquino

dan Marcos mendakwa kemenangan dalam pilihan

raya penuh dengan penipuan dan keganasan. Tetapi

Marcos lari ke luar negara apabila ramai rakyat

Filipina yang disokong oleh pegawai tentera,

menuntut perletakan jawatannya. Aquino kemudian

menjadi presiden.

UMUM 
ZURINAH HASSANZURINAH HASSAN (1949-      ), penyair.  Dia lahir pada 13 Jun 1949 di Bakar Bata, Alor Setar, Kedah. Dia pernah menggunakan nama pena Haniruz. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tikam Batu, Sungai Petani.  Kemudian, dia melanjutkan pelajaran di Sekolah Inggeris hingga lulus Malaysia Certificate of Education (MCE).  Sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (1971-1974), dia mendapat pendidikan menengah atas di Sekolah menengah Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah hingga lulus Sijil Tinggi Persekolahan pada tahun 1970. Dia pernah bertugas di Jabatan Penerangan Malaysia.  Pada bulan Jun 1996, dia bersara daripada jawatannya untuk menumpukan perhatian kepada bidang penulisan.SASTERATokoh

Kembali ke atas