JAZ | | UMUM | |
DAVIS, MILES | Davis, Miles (1926–1991), pemain trompet jaz Amerika yang sangat berpengaruh dan juga pemimpin pancaragam yang terkenal dalam sejarah muzik jaz. Dia terkenal kerana tiupan trompetnya yang bertenaga dan berlirik. | UMUM | |
ELLINGTON, DUKE | Ellington, Duke (1899–1974) ialah penggubah muzik jaz, ketua pancaragam, dan pemain piano Amerika. Dia merupakan salah seorang yang paling terkenal dalam sejarah jaz. | UMUM | |
SMITH, BESSIE | Smith, Bessie (1894–1937) menjadi salah seorang daripada penyanyi blues yang terbaik dalam sejarah muzik jaz. Satu siri rakaman yang dibuatnya dari tahun 1923 hingga tahun 1933, adalah antara yang terbaik dalam jaz. Smith menggunakan kekuatan dan keindahan suaranya untuk lagu yang mudah. Louis Armstrong, Fletcher Henderson, Joe Smith, dan James P. Johnson adalah antara ahli muzik jaz yang bermain untuk rakaman piring hitamnya. | UMUM | |
ARMSTRONG, LOUIS | Armstrong, Louis (1900–1971), pemain trumpet Amerika yang pertama sekali terkenal sebagai pemain trumpet solo jaz di peringkat antarabangsa. Dia terkenal kerana nada dan teknik tiupannya yang begitu indah dan cemerlang serta suaranya yang garau ketika menyanyi. Dia merupakan pemuzik jaz yang pertama menyanyi dalam gaya yang berterabur dengan susunan suku kata dan nada yang digubah secara sembrono ketika menyanyi, tanpa menggunakan lirik. | UMUM | |
LEWIS, JOHN AARON | Lewis, John Aaron (1920–2001) ialah pemain piano dan penggubah Amerika. Pada tahun 1952, dia menubuhkan Modern Jazz Quartert, kombo yang paling kukuh dalam sejarah muzik jaz. Dia masih lagi berkhidmat sebagai pemain piano dan pengarah muzik. Lewis mempelopori perkembangan muzik aliran ketiga, iaitu gabungan muzik jaz dan klasik. Dia menggubah muzik untuk kumpulan jaz, orkestra besar, filem dan pertunjukan pentas. | UMUM | |
KRUPA, GENE | Krupa, Gene ( 1909–1973) ialah pemuzik jaz pertama yang mempopularkan dram sebagai alat muzik solo. | UMUM | |
CHRISTIAN, CHARLIE (1916–1942) | Christian, Charlie (1916–1942) ialah ahli muzik Amerika yang memperkenalkan gitar sebagai alat muzik solo pada muzik jaz | UMUM | Umum |
YOUNG, LESTER WILLIS | Young, Lester Willis (1909–1959) ialah pemain saksofon tenor Amerika yang mencipta gaya yang menjadi ikutan dalam sejarah jaz. | UMUM | |
DRAM BONGO | Dram bongo ialah alat muzik genderang. Dram bongo, sering dikenali sebagai bongo biasanya digunakan sebagai alat ritma dalam muzik Amerika Latin, tetapi ia dimainkan dalam muzik rock dan jaz. | UMUM | |