NORRIS, FRANK | Norris, Frank (1870–1902), novelis dan wartawan Amerika dan pemimpin gerakan alamiah. Norris percaya bahawa sesebuah novel harus berfungsi untuk tujuan moral. “Novel dengan tujuan,” jelasnya, “menarik perhatian orang ramai tentang tragedi dan kepiluan orang lain” dan “membuktikan bahawa ketidakadilan, jenayah, dan ketidaksamaan hak memang wujud”. | UMUM | |
BODHISATWA | BODHISATWA, konsep penting dalam ajaran Buddhisme. Apabila ajaran Buddhisme berpecah kepada dua mazhab yang besar, iaitu Mahayana dan Hinayana (The ravadin), konsep bodhisatwa lebih menonjol dalam ajaran Mahayana. Konsep bodhisatwa dalam ajaran Hinayana Buddhisme ditujukan kepada Gautama Buddha dlam kehidupannya sebelum dia mencapai tahap ‘pencerahan’ (enlightenment). Dalam ajaran Mahayana Buddhisme pula, bodhisatwa ditujukan kepada sesiapa yang telah menangguhkan mencapai nirwana untuk kepentingan dirinya, sebaliknya akan berkhidmat kepada masyarakat untuk seimbang mereka ke arah mencapai nirwana, iaitu mencapai kebebasan abadi. Jelasnya, dalam ajaran Mahayana, bodhisatwa merupakan penaung kepada masyarakat dan pembimbing mereka ke arah mencapai nirwana. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |