Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jelebu


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JELEBU

JELEBU, luak pentadbiran utama dalam sistem tradisional Negeri Sembilan. Jelebu terletak di sebelah utara Negeri Sembilan. Jelebu dibahagikan kepada lapan mukim iaitu Pertang, Kuala Klawang (pusat pentadbiran), Hulu Triang, Peradong, Gelam Lemi, Hulu Klawang dan Teriang Hilir. Mengikut Banci Penduduk 1991, penduduk Jelebu dianggarkan seramai 39 937 orang. Penduduk Jelebu mengamalkan Adat Perpatih.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
DHARMALA N.S.DHARMALA N.S. (1947-   ), penulis. Dia lahir pada 21 Disember 1947 di Kampung Bacang Manting, Mukim Hulu Teriang, Jelebu, Negeri Sembilan. Nama sebenarnya ialah Abdul Muluk bin Daud. Pada tahun 1976, dia lulus Sijil Tinggi Persekolahan dan berpeluang mengikuti Kursus Penulisan Kreatif dan Ilmiah di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.SASTERATokoh
LUAK

LUAK, wilayah tanah jajahan atau daerah tradisi di Negeri Sembilan yang diketuai oleh seorang undang di Negeri Sembilan. Terdapat empat luak utama iaitu Luak Sungai Ujong, Luak Rembau, Luak Jelebu dan Luak Johol.

BUDAYABandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas