PRIANGAN SI JELITA | PRIANGAN SI JELITA, kumpulan puisi karya Ramadhan K.H. Kumpulan puisi ini diterbitkan pada tahun 1958 oleh Penerbit Balai Pustaka, dan dicetak semula pada tahun 1965. kumpulan puisi ini mengandungi 21 buah puisi yang dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu”Tanah Kelahiran”, “Dendang Sayang” dan “Pembakaran”. | SASTERA | Karya |
PERSEPHONE | Persephone ialah dewi yang jelita dalam mitologi Yunani dan Romawi. Orang Yunani juga memanggilnya Kore . Orang Rom memanggilnya Proserpina . Persephone ialah anak perempuan Demeter (Ceres dalam mitologi Rom), dewi pertanian dan kesuburan. Bapa Persephone ialah Zeus (Jupiter), raja segala dewa-dewi. Sebuah mitos menceritakan pencarian Demeter selepas Persephone diculik oleh Hades (Pluto), dewa alam roh. | UMUM | |
DEWI | Dewi ialah bidadari mitologi yang jelita yang menjaga beberapa alam semula jadi yang berbeza. | UMUM | |
EUROPA | Europa, dalam mitologi Yunani, ialah anak perempuan jelita Agenor, raja kota Tyre di Phoenicia. | UMUM | |
SENNECTT, MACK | Sennectt, Mack (1884–1960) ialah perintis dan penerbit filem yang terkenal kerana komedi bisu slapstiknya. Ramai bintang komedi bisunya yang terkenal muncul dalam filem-filem Keystone Filemnya yang ganas dan kasar itu telah mencabar kewibawaan sosial. Keystone Kops, terbitannya yang terkenal telah menambahkan kekacauan di sebalik menguatkuasakan peraturan. Sennett memilih watak lucu seperti Rosco Arbuckle yang “gedempol” untuk menggambarkan gadis jelita yang jatuh cinta kepada penyangak. Watak ini dan watak-watak lain sering terlibat dalam adegan kejar-mengejar yang berakhir dengan pertarungan, suatu bentuk adegan yang terkenal dalam banyak filem terbitannya. | UMUM | |
MARIA MENADO | MARIA MENADO, Dato’ (1930 - ), bintang filem. Nama sebenarnya ialah Liesbeth Tatelong. Dia dilahirkan di Tatelu, Minahasa, Sulawesi Utara, Indonesia. Keluarganya penganut agama Kristian Protestan. Sewaktu berusia tujuh tahun, Maria menetap di Sulawesi Selatan bersama-sama bapa saudaranya yang kemudian menukarkan namanya kepada kepada Liesje Mandagie. Maria mendapat pendidikan di sekolah Belanda dan Jepun. Setelah itu dia berhijrah ke Jakarta. Rupa parasnya yang jelita menyebabkan dia ditawarkan berlakon filem, tetapi dia menolak tawaran itu. | BUDAYA | Tokoh |