Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEGANASAN

Keganasan ialah perbuatan ganas menggunakan

ancaman atau ugutan bagi menimbulkan ketakutan

dan kecemasan. Pengganas membunuh dan

menculik, menembak, melontar bom, merampas

kapal terbang, dan melakukan jenayah berat yang

lain.

UMUM 
PERCUBAAN

Percubaan ialah satu tindakan kehakiman yang

membenarkan penjenayah yang disabitkan

bersalah, tinggal bebas dengan masyarakat sebagai

ganti menjalani hukuman di dalam penjara.

Hukuman percubaan selalunya diizinkan oleh

hakim kepada mereka yang disabitkan bersalah

melakukan kesalahan jenayah selain jenayah berat,

seperti rompakan bersenjata, pembunuhan atau

rogol. Hukuman percubaan ini memberikan

peluang kepada pesalah untuk membuktikan

bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatan

jenayah itu lagi. Perkataan percubaan (probation)

dalam bahasa Inggeris diambil daripada perkataan

Latin yang bermaksud membuktikan atau menguji.

UMUM 
TAWARAN RAYUAN

Tawaran rayuan ialah amalan yang dilakukan

oleh defenden dalam kes jenayah dengan

bersetuju untuk mengaku bersalah daripada

menjalani perbicaraan. Dalam sesetengah kes,

pihak berkuasa pendakwa berjanji untuk

menggugurkan satu atau lebih tuduhan ataupun

meringankan tuduhan yang berat sebagai ganti

untuk pengakuan bersalah. Sebagai alternatif lain,

pendakwa berjanji akan mencadangkan bahawa

tertuduh akan mendapat hukuman yang ringan

daripada hukuman yang lazim jika dia mengaku

bersalah. Di Amerika Syarikat, lebih kurang 90

peratus daripada defenden mengaku bersalah

dan kebanyakannya hasil daripada tawaran

rayuan.

UMUM 

Kembali ke atas