Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jenisnya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HAIWAN PUPUS

Haiwan pupus . Sesuatu spesies haiwan menjadi

pupus apabila setiap jenisnya telah mati. Pemupusan

ialah proses yang berlaku sejak hidupan muncul di

muka bumi.

UMUMUmum
PADANG RUMPUT

Padang rumput adalah salah satu daripada empat

jenis utama tumbuhan semula jadi. Tiga lagi jenisnya

ialah hutan, pokok renek gurun dan tundra.

Kebanyakan padang rumput terletak di antara tanah

yang sangat kontang, atau gurun pasir dengan tanah

lembap yang diliputi hutan. Sesetengah padang

rumput terdapat dalam iklim lembap.

UMUM 
ANACONDA

Anaconda ialah nama dua jenis ular besar yang

ditemui di Amerika Selatan yang beriklim tropika.

Anaconda juga dinamakan ular boa air. Satu

jenisnya boleh membesar sepanjang sembilan

meter atau lebih. Tetapi semua anaconda dewasa

berukuran lebih daripada 4.5 meter panjang. Tidak

ada ular yang terdapat di Amerika Selatan yang

mencapai ukuran sepanjang itu.

UMUM 
AVOKADO

Avokado ialah sejenis buah pokok malar hijau dari

nama yang sama (avokado). Buahnya mungkin bulat,

bujur, atau berbentuk buah pir. Kulitnya berwarna

hijau atau ungu gelap, bergantung pada jenisnya.

UMUM 
PLUMBAGO

Plumbago juga dikenali sebagai leadwort

merupakan nama untuk lebih kurang sedozen jenis

pokok renik yang sentiasa berbunga dan jenis

tumbuhan yang memanjat. Ia merupakan tanaman

yang tumbuh dengan meluasnya. Beberapa dari

jenisnya ditanam di taman bunga atau di rumah.

UMUM 
SALVIA

Salvia ialah sekumpulan tumbuhan yang tumbuh

di kawasan sederhana dan kawasan panas di dunia.

Salvia mempunyai bunga berbibir dua yang

berbeza-beza warnanya daripada putih dan kuning

pucat hingga kepada biru, ungu dan merah marak

(scarlet). Pekebun menggunakan banyak jenisnya

sebagai tumbuhan hiasan, termasuk sage merah marak, yang

mempunyai bunga merah terang. Ia berasal

dari Brazil, tetapi ditanam di bahagianbahagian

lain di dunia. Sage taman yang

digunakan untuk memperisa makanan

ialah salvia.

Lihat juga Sage.

Pengelasan saintifik.

Salvia adalah dalam famili pudina, Labiatae

(Lamiaceae), genus Salvia . Sage merah marak ialah

spesies S. splendens dan sage taman ialah S.

officinalis .

UMUM 
SEKS

Seks ialah apa yang membezakan lelaki daripada

wanita. Seks juga menjadikan mereka tertarik

dengan satu sama lain dan melibatkan perasaan

dan keinginan yang mendalam. Melalui seks,

lelaki dan wanita berminat dengan satu sama lain,

jatuh cinta, berkahwin dan mempunyai anak.

Haiwan dan tumbuhan peringkat tinggi

menghasilkan jenisnya sendiri, dari generasi ke

generasi, melalui pembiakan seks. Walau

bagaimanapun, bagi manusia, seks melibatkan

lebih lagi daripada pembiakan. Ia mempunyai

kesan biologi, psikologi dan sosiologi yang

semula jadi dan penting terhadap kehidupan

mereka.

UMUM 

Kembali ke atas