PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU | PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU, pemerintahan Jepun di Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua. Kejayaan Jepun menakluki Tanah Melayu dalam masa yang singkat berkait rapat dengan penyesuaian taktik peperangan tentera Jepun dengan China di medan perang sejak tahun 1937. di samping itu, kelemahan pertahanan British kerana tumpuan kepada pertahanan di Eropah.
| SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
SENI TERA JEPUN | Seni tera Jepun ialah sejenis ilustrasi Jepun yang dicetak di atas kertas dengan menggunakan bongkah kayu yang telah diukir. Kebanyakan seni tera Jepun yang terkenal dihasilkan dari tahun 1600-an hingga akhir tahun 1800-an. Seni tera ini terkenal kerana coraknya yang sangat menarik, warnanya yang garang dan juga kerana mutu teknikalnya. | UMUM | |
PERANG RUSIA-JEPUN | Perang Rusia-Jepun menaikkan taraf Jepun sebagai kuasa utama dunia. Kekalahan Rusia dalam peperangan ini meningkatkan perasaan tidak puas hati penduduknya terhadap kerajaan yang dicemari rasuah dan pentadbiran yang teruk. Ketidakpuasan hati ini mencetuskan Revolusi Rusia pada tahun 1905. Perang Rusia-Jepun bermula pada 8 Februari 1904 apabila Jepun menyerang Lüshun (juga dikenali sebagai Port Arthur) di Manchuria. Perang ini tamat pada 5 September 1905 dengan Perjanjian Portsmouth ditandatangani. | UMUM | |
KESUSASTERAAN JEPUN | Kesusasteraan Jepun tergolong sebagai salah satu kesusasteraan agung dunia. Ia menggambarkan pelbagai ciri masyarakat Jepun, seperti kepatuhan mereka terhadap adat resam dan juga kepekaan mereka terhadap alam sekitar. Orang Jepun mungkin telah menghasilkan bahan sastera bertulis yang pertama pada tahun 500-an M. Tetapi Jepun telah begitu lama mengasingkan diri daripada dunia luar. Tambahan pula, bahasa tulisan mereka amat sukar untuk dikuasai. Oleh yang demikian, sastera Jepun hampir tidak diketahui oleh dunia luar sehingga tahun 1900-an. | UMUM | |
PERANG CHINA-JEPUN | Perang China-Jepun merujuk kepada dua peperangan antara China dan Jepun yang berlaku dari tahun 1894 hingga tahun 1895 dan dari tahun 1937 hingga tahun 1945. Perang yang pertama berlaku kerana di Korea (Choson), yang pernah menjadi negara pembayar ufti China selama beratus-ratus tahun telah berlaku satu pemberontakan pada tahun 1894. China menghantar tenteranya ke Korea untuk menamatkannya. Jepun juga menghantarkan tentera untuk menjaga kepentingannya yang besar di Korea. | UMUM | |
MIKADO | Mikado ialah gelaran Maharaja Jepun pada masa silam. Istilah ini digunakan juga oleh orang-orang asing. Istilah ini asalnya ialah perkataan Jepun yang bermaksud <i>pintu yang disanjungii>. Penggunaan istilah memperlihatkan sanjungan orang Jepun terhadap pemerintah mereka. Selepas tamadun Cina sampai ke Jepun pada tahun 500-an M., orang Jepun mula menggelar maharaja mereka <i>Tennoi>, yang bermaksud <i>Maharaja dari Syurgai>. Maharaja tidak dipanggil dengan namanya sendiri. Maharaja dan pemerintahan mereka pada masa kini dikenali dengan nama yang dipilih khas untuk mereka. Maharaja Hirohito dikenal dengan nama <i>Tennoi> <i> Showa i> atau <i>Maharaja Showai>. | UMUM | |
SATO, EISAKU | Sato, Eisaku (1901–1975), berkhidmat sebagai perdana menteri Jepun dari tahun 1964 hingga tahun 1972. Di bawah pimpinannya, Jepun menjadi kuasa dunia selepas Perang Dunia II (1939–1945). Sebagai perdana menteri, dia menyokong perjanjian Amerika Syarikat–Jepun yang membolehkan Amerika Syarikat membantu mempertahankan Jepun. Namun dia juga mahukan Jepun lebih bertanggungjawab terhadap pertahanannya. Masalah kesihatan memaksa Sato meletakkan jawatan pada tahun 1972, dan tempatnya digantikan oleh Kakuei Tanaka. Sato dan Sean MacBride dari Ireland dianugerahi Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1974. Sato memenangi anugerah itu kerana usahanya mengehadkan penyebaran senjata nuklear. | UMUM | |
MUTSUHITO | Mutsuhito (1852–1912), menjadi Maharaja Jepun dari tahun 1867 hingga tahun 1912. Jepun membangun dan menjadi kuasa industri dan ketenteraan sepanjang pemerintahannya. Baginda memperkenalkan idea Barat kepada Jepun. | UMUM | |
KUMBANG JEPUN | Kumbang Jepun ialah serangga yang merosakkan rumput, pokok, tanaman dan tumbuhan taman. | UMUM | |
SASTERA JEPUN | Sastera yang diamalkan oleh masyarakat di Jepun. | SASTERA | Konsep |