SATO, EISAKU | Sato, Eisaku (1901–1975), berkhidmat sebagai perdana menteri Jepun dari tahun 1964 hingga tahun 1972. Di bawah pimpinannya, Jepun menjadi kuasa dunia selepas Perang Dunia II (1939–1945). Sebagai perdana menteri, dia menyokong perjanjian Amerika Syarikat–Jepun yang membolehkan Amerika Syarikat membantu mempertahankan Jepun. Namun dia juga mahukan Jepun lebih bertanggungjawab terhadap pertahanannya. Masalah kesihatan memaksa Sato meletakkan jawatan pada tahun 1972, dan tempatnya digantikan oleh Kakuei Tanaka. Sato dan Sean MacBride dari Ireland dianugerahi Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1974. Sato memenangi anugerah itu kerana usahanya mengehadkan penyebaran senjata nuklear. | UMUM | |
YAMASHITA, TOMOYUKI | Yamashita, Tomoyuki (1885–1946), jeneral Jepun dalam Perang Dunia II yang dijatuhi hukuman mati kerana “melanggar undang-undang perang”. | UMUM | |
NISEI | Nisei ialah nama Jepun yang merujuk kepada kanak-kanak keluarga Jepun yang berhijrah ke negara lain. Nisei bermaksud generasi kedua . Orang yang berhijrah dikenali sebagai Issei (generasi pertama). Anak-anak Nisei dinamai Sansei (generasi ketiga), dan anak-anak mereka dikenali sebagai Yonsei (generasi keempat). Lihat juga Perang Dunia II. | UMUM | |
YAWATA | Yawata ialah sebuah pusat industri berat Jepun yang penting. Yawata juga sebahagian daripada bandar raya Kitakyushu, yang terletak di utara pantai pulau Kyushu (lihat Jepun [peta politik]). Kilang di Yawata membuat besi jongkong daripada bijih yang diimport dan menghasilkan kebanyakan daripada besi keluli yang diperlukan oleh Jepun. Yawata terletak berhampiran dengan lombong batu arang dan mempunyai loji kok. Semasa Perang Dunia II, Yawata menjadi sasaran pertama serangan udara B-29 Amerika Syarikat, pada 15 Jun 1944. | UMUM | Konsep |
KAMIKAZE | Kamikaze ialah juruterbang Jepun yang membawa misi berani mati semasa Perang Dunia II (1939–1945). | UMUM | |
PUTERA KONOYE | Putera Konoye (1891–1945). Fumimaro Konoye, negarawan Jepun pada tahun-tahun sebelum Perang Dunia II (1939–1945). | UMUM | |
MACARTHUR, DOUGLAS | MacArthur, Douglas (1880–1964) ialah jeneral Amerika yang terkemuka dalam Perang Dunia II dan Perang Korea. Dia juga menerima bintang kecemerlangan sebagai komander tertinggi pihak Berikat bagi pendudukan di Jepun selepas Perang Dunia II. | UMUM | |
SEMENANJUNG BATAAN | Semenanjung Bataan menganjur ke Teluk Manila dari pantai barat daya Luzon, sebuah pulau terbesar di kepulauan Filipina. Di Semenanjung Bataan, askar-askar Amerika Syarikat dan Filipina bertahan selama tiga bulan menentang kemaraan angkatan tentera Jepun semasa Perang Dunia II. Pada akhir bulan Disember 1941, Jeneral Douglas MacArthur telah berjaya mengundurkan askar- askarnya yang bertaburan ke negeri yang berbukit- bukau ini. Sebaik sahaja kedudukan mereka di semenanjung tersebut dimantapkan, askar-askar Amerika Syarikat dan Filipina mendapati mereka telah terkepung oleh tentera Jepun dan terputus daripada sebarang bantuan. | UMUM | |
PAKSI | Paksi merujuk perikatan yang dibentuk antara Jerman, Itali, dan Jepun yang dimulakan pada tahun 1936 dan meneruskan kerjasamanya dalam Perang Dunia II (1939–1945). | UMUM | |
YARRA | Yarra ialah sekoci Australia yang diketuai oleh Leftenan Komander R.W. Rankin. Semasa mengiringi sebuah konvoi ke Australia, semasa Perang Dunia II (1939–1945), ia bertembung dengan tiga buah kruiser dan dua buah kapal pembinasa Jepun di selatan pulau Jawa pada 4 Mac 1942. | UMUM | |