Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jerusalem


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARTICOK JERUSALEM

Articok Jerusalem ialah sejenis tumbuhan

yang berasal dari Amerika Utara, dan ditanam di

Dunia Baru dan juga di Dunia Lama. Ia bukanlah

jenis articok yang sebenar tetapi daripada

kumpulan bunga matahari.

UMUM 
DINDING BARAT

Dinding Barat ialah sebuah dinding yang tinggi

di Jerusalem. Ia juga disebut Dinding Raungan.

UMUM 
KAMBING HITAM

Kambing hitam pada asalnya bermaksud satu

daripada dua ekor kambing yang diterima oleh

paderi tertinggi Yahudi di Jerusalem purba pada

hari Penebusan Dosa.

UMUM 
KETUA PADERI

Ketua paderi ialah ketua keagamaan Yahudi

pada zaman Bible sehinggalah kuil milik orang

Yahudi di Jerusalem binasa pada tahun 70 M.

UMUM 
SWEDENBORGIAN

Swedenborgian ialah orang yang mengikut

rumusan doktrin Kristian sebagaimana yang

diajarkan oleh Emanuel Swedenborg, ahli teologi

Sweden. Gereja yang berasaskan doktrin ini

ditubuhkan di London pada tahun 1787, dan di

Amerika Syarikat pada tahun 1792. Gereja-gereja di

Amerika Syarikat dan Kanada mewujudkan General

Convention of the New Jerusalem pada tahun 1817.

Sebuah badan yang berasingan, iaitu General

Church of the New Jerusalem, diasaskan pada

tahun 1890. Penganut fahaman ini mempunyai

perkumpulan dan misi di serata dunia, biasanya

dengan cara bersekutu dengan badan-badan di

Amerika Syarikat atau dengan Conference of the

New Church di United Kingdom.

UMUM 
BAITULMAQDIS

Baitulmaqdis, bandar di Israel yang juga dikenali dengan nama Jerusalem dan al-Quds. Baitulmaqdis juga adalah antara bandar tertua di dunia. Ia terletak di Pergunungan Judi, antara Laut Mediterranean dan utara Laut Mati. Bilangan penduduknya lebih kurang 763 800 orang (2010) dengan keluasan 125 km2.

AGAMABandar/Negeri/Negara/Tempat
BAITULLAHAM

Baitullaham, bandar kecil yang terletak 10 km ke selatan Baitulmuqaddis (Jerusalem).

AGAMABandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas