| PERHIASAN KEBESARAN DIRAJA | Perhiasan kebesaran diraja atau Crown jewel merupakan perhiasan berharga yang dimiliki oleh raja dan ratu England. Sebahagian besar perhiasan ini terdiri daripada mahkota, cogan alam, dan objek lain yang digunakan semasa upacara Pertabalan (lihat Permahkotaan). | UMUM | |
| ASHCROFT, DAME PEGGY | Ashcroft, Dame Peggy (1907–1991), berlakon dalam drama, filem, dan televisyen. Dia muncul di pentas dalam The Seagull , (penerbitan tahun 1936 dan 1964), The Good Woman of Setzuan (1956), The Taming of the Shrew (1961), dan Henry VI (1963). Filemnya termasuk The Thirty Nine Steps (1935), The Nun’s Story (1959), dan A Passage to India (1984). Pada tahun 1984, dia muncul dalam siri televisyen yang popular, “The Jewel in the Crown”. Ashcroft lahir di Croydon, Greater London, England. | UMUM | |
| SOYINKA, WOLE | Soyinka, Wole (1934– ) ialah penyair, penulis drama, novel, dan pengkritik dari Nigeria. Dia menerima Hadiah Nobel untuk kesusasteraan pada tahun 1986. Soyinka seorang penulis serba boleh yang mampu mengubah penulisannya antara satira lucu dengan gaya lirik yang indah dalam pelbagai karyanya. Dia mengadunkan teknik penulisan Barat untuk cerita rakyat kaum Yoruba dengan amat berkesan. Dua buah novelnya ialah The Interpreters (1965) dan Season of Anomy (1973). Antara karya dramanya yang diterbitkan termasuk The Swamp Dwellers (1958), The Lion and the Jewel, dan The Invention (1959). | UMUM | |