STRABO | Strabo (63 S.M.?– 24 M.?) ialah ahli geografi dan sejarah Yunani. Dia menjadi terkenal kerana penulisan Geography sebanyak 17 jilid yang memerihalkan seluruh bahagian dunia yang diketahui ketika itu. Jilid-jilid tersebut adalah sumber maklumat geografi yang terbaik tentang negara-negara Mediterranean pada permulaan Zaman Kristian. Strabo juga menulis suatu sejarah yang panjang tetapi kini telah hilang. Dia lahir di Amasia, Pontus. Dia menuntut di Rom dan Iskandariah, dan mengembara ke negara Arab, selatan Eropah, serta utara Afrika. | UMUM | |
SYAIR AGUNG | SYAIR AGUNG, puisi Melayu tradisional. Syair Agung merupakan syair Melayu bercorak romantis yang terpanjang di dunia. Jumlah rangkapnya ialah 9341. Naskhah asal syair ini ada tersimpan di Perpustakaan Universiti Malaya, Kuala Lumpur dengan nombor rujukan MS 20. Naskhah ini terdapat dalam tiga jilid. Jilid pertama mengandungi 408 halaman, jilid kedua 307 halaman dan jilid ketiga 281 halaman. Jumlah halaman keseluruhan ialah 996. Ukuran naskhah ialah 21 cm x 17 cm. | SASTERA | Konsep |
SEJARAH ALAM MELAYU | SEJARAH ALAM MELAYU, satu siri karya persejarahan Melayu moden. Buku ini sebanyak lima jilid dan telah dihasilkan antara tahun 1925 hingga tahun 1939. Buku ini ditulis oleh Abdul Hadi Hassan dan Yusof Adil yang lebih dikenal dengan nama Buyong Adil. Daripada lima jilid itu, tiga jilid daripadanya adalah hasil penulisan Abdul Hadi, sementara Jilid IV dan Jilid V pula adalah karya Buyong Adil. Kedua-duanya pernah bertugas sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim, Perak. Karya mereka adalah yang pertama sekali memakai judul tersebut dalam persejarahan rantau ini, sama ada dalam bahasa Melayu ataupun bahasa-bahasa lain. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Karya |
KAMUS BESAR BAHASA INDONESIA-RUSIA | KAMUS BESAR BAHASA INDONESIA-RUSIA, kamus dwibahasa yang diterbitkan dalam dua jilid, iaitu jilid pertama mengandungi abjad A hingga L (560 halaman) dan jilid kedua mengandungi abjad M hingga Z (496 halaman). Penyusunan kamus ini dijalankan secara berpasukan yang diketuai oleh R.N. Korigodskiy yang bertindak sebagai redaktur koordinator. | BAHASA | Penerbitan |
KAMUS BAHASA INDONESIA | KAMUS BAHASA INDONESIA, kamus yang disusun oleh sebuah kumpulan pekerja yang mengandungi 17 orang yang terdiri daripada seorang ketua, iaitu, Dra. Sri Sukesi Adiwimarta, tiga orang pakar perunding dan 13 orang anggota. Kamus ini diterbitkan oleh Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia pada tahun 1983. Kamus ini mengandungi dua jilid, iaitu jilid pertama setebal 891 halaman, jilid kedua pula mengandungi 1580 halaman dan berukuran 15 cm x 21 cm. | BAHASA | Penerbitan |
FURU AL-MASA'IL | FURU AL-MASA’IL, kitab fikah. Kitab ini dikarang oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani (1769 – 1847). Kitab ini diterbitkan oleh Matbaat Dar al-Ma’arif, Pulau Pinang (tanpa tarikh) dalam dua jilid yang disatukan. Jilid pertamanya setebal 275 halaman manakala jilid ke duanya setebal 394 halaman. | SASTERA | Penerbitan |
THIERS, LOUIS ADOLPHE | Thiers, Louis Adolphe (1797–1877) ialah presiden pertama Republik Perancis Ketiga. Buku 10 jilid yang ditulisnya, History of the French Revolution (1823–1827) menjadikannya terkenal. Thiers membantu Louis Phillipe menduduki takhta Perancis. | UMUM | |
MEIN KAMPF | Mein Kampf ialah buku karangan Adolf Hitler. Judulnya dalam bahasa Jerman bermaksud Perjuanganku . Ia diterbitkan dalam dua jilid pada tahun 1925 dan tahun 1927. | UMUM | |
PIRENNE, HENRI | Pirenne, Henri (1862–1935) ialah ahli sejarah Belgium . Dia terkenal kerana hasil karyanya berjudul History of Belgium , sebanyak tujuh jilid (1900–1932), yang dianggap sebagai karya standard dalam bidang tersebut. | UMUM | |
CERPEN MALAYSIA | CERPEN MALAYSIA, antologi cerpen yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, dalam dua jilid pada tahun 1988. Jilid I diberi judul Cerpen Malaysia Sebelum Perang Dunia Kedua dan diselenggarakan oleh Hashim Awang. Antologi ini memuatkan 56 buah cerpen yang dihasilkan oleh penulis terkenal yang mewakili zaman sebelum Perang Dunia Kedua, iaitu dari tahun 1920-an hingga tahun 1941; antara lain, termasuklah Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad, Shamsuddin Saleh, Kasmani Arif, Harun Aminurrashid, Mahmud Ahmad dan Misbaha. Mereka ini kebanyakannya terdiri daripada golongan guru dan wartawan Melayu. | SASTERA | Karya |