SALPIGLOSIS | Salpiglosis ialah tumbuhan dalam famili kentang. Ditanam sebagai tumbuhan laman, ia berkaitan dengan petunia. Seperti petunia, salpiglosis mempunyai bunga berbentuk trompet, tetapi berwarna lebih menarik lagi. Warnanya berbagai-bagai, termasuk merah tua, samar, ungu, jingga keperangan, jingga kesumba, kuning dan putih. Kelopaknya mempunyai kilauan yang kebalduan dan biasanya berjalur-jalur kuning atau warna-warna lain. Salpiglosis adalah tumbuhan tahunan. Ia tumbuh setinggi lebih kurang 46 sentimeter dan mempunyai beberapa bunga dekat bahagian atas setiap ranting. Pengelasan saintifk. Salpiglosis tergolong dalam famili nightshade, Salonaceae. Ia adalah Salpiglossis sinuata . | UMUM | |
DAY LILY | Day lily ialah sejenis tumbuhan lili yang mempunyai bunga yang cantik, biasanya berwarna kuning atau jingga, kembang antara matahari terbit hinggalah matahari terbenam. | UMUM | |
TEMBIKAI WANGI | Tembikai wangi ialah jenis tembikai yang ditanam. Kulit tembikai wangi mempunyai corak serabut bak jaring dan isinya berwarna jingga, rasanya manis dan berbau wangi. Tembikai wangi ditanam dengan meluas, terutamanya di Amerika Syarikat. Empulur kuning tembikai wangi adalah sumber penting vitamin A dan C. Tembikai ini terdiri daripada lebih kurang 90 peratus air, sembilan peratus karbohidrat dan satu peratus protein. Mungkin tembikai wangi mula ditanam di India. Tetapi, sejak awal lagi orang Mesir juga menanamnya dan tembikai wangi dimakan oleh orang Yunani dan Rom. | UMUM | |
BURUNG BAYAN | Burung bayan ialah anggota kecil dalam famili burung nuri. Burung bayan berwarna terang dengan bulunya berwarna hijau, merah, biru, jingga, kuning atau ungu. Ekornya sama ada pendek dan bersegi empat, atau panjang dan meruncing. Burung bayan biasanya merupakan haiwan kesayangan yang manja dan pandai. Burung ini ialah akrobat semula jadi dan dapat melakukan berbagai-bagai kepandaian di tangga dan jungkang-jungkit mainan. | UMUM | |
LILI HARIMAU | Lili harimau ialah bunga taman yang tinggi yang pada asalnya tumbuh di timur Asia. Ia mendapat namanya kerana bunganya berwarna jingga kemerahan dengan bertompok-tompok hitam. Penduduk di China, Jepun dan Korea menggunakan bebawang lili harimau sebagai makanan. | UMUM | |
PLAIS | Plais ialah ikan sebelah yang penting dari segi komersial di perairan Eropah. Ikan ini membesar sehingga kira-kira 90 sentimeter panjangnya dan berwarna perang dengan bintik-bintik jingga pada sebelah kanan atas. Kulit ikan ini licin. | UMUM | |
TANGERIN | Tangerin ialah nama popular bagi buah sitrus dalam kumpulan mandarin. Buah ini kelihatan seperti oren, tetapi lebih kecil dan lebih leper, lebih mudah dikopek dan ulasnya lebih mudah terpisah. Tangerin ialah buah mandarin merah jingga yang berasal dari Asia Tenggara. Kulitnya nipis dan berbau wangi. Buahnya lembut, tetapi pokoknya lebih tahan terhadap kesejukan daripada pokok oren. Jenis tangerin termasuk Clementine, Dancy, Ponkan dan jenis kacukan seperti Kinnow, Robinson, Sunburst dan Wilking. Tangerin ditanam di Brazil, China, Itali, Jepun, Sepanyol dan Amerika Syarikat. Pengelasan saintifik. Tangerin tergolong dalam famili rue, Rutaceae. Ia adalah Citrus reticulata . Lihat juga Tangelo; Tangor. | UMUM | |
TEKTIT | Tektit ialah batu yang berkaca-kaca yang mungkin kelihatan seperti titisan air mata, bola, cakera, rod, dumbel, atau butang. Beberapa tektit kelihatan seperti bongkah. Banyak tektit sebesar kekeras, tetapi sesetengahnya adalah mikrokupik. Tektit berwarna hitam, hijau, atau kuning jingga dan ia biasanya mempunyai permukaan beralur atau berliang. | UMUM | |
REDSHANK | Redshank ialah burung randuk di Eropah dan utara Asia. Pada musim pembiakan, kedua-dua jantina burung ini mempunyai tompok putih yang ketara pada sayapnya, bulu ekor yang berjalur putih dan hitam, serta paruh dan kaki yang berwarna jingga merah terang. | UMUM | |
NASTURTIUM | Nasturtium ialah nama biasa bagi sekumpulan tumbuhan saka yang berasal dari kawasan tropika Amerika. Nasturtium adalah bunga taman kegemaran. Ia adalah tumbuhan tahunan yang tumbuh menjalar atau memanjat yang tingginya mungkin kira-kira tiga meter. Bunganya berwarna kuning, jingga atau merah. | UMUM | |