JOHARI SALLEH | JOHARI SALLEH (1940- ), pemuzik dan penggubah lagu. Dia lahir pada 9 Februari 1940 di Singapura. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Tanjung Rhu dan kemudian di Sekolah Menengah Siglap. Dia mendapat sijil Sekolah Seberang Laut Cambridge pada tahun 1958. Ayahnya, Salleh bin Mohamed ialah ahli perniagaan dan pemimpin pancaragam. | BUDAYA | Tokoh |
MOHAMED KHIR JOHARI, TAN SRI | MOHAMED KHIR JOHARI, Tan Sri (1923- ), ahli politik. Dia lahir pada 29 Januari 1923 di Alot Setar, Kedah. Dia mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alot Setar pada tahun 1938. Ketika menuntut di kolej, dia amat aktif dalam sukan dan pernah menulis tentang permainan sepak raga untuk majalah kolej. Dia memulakan kerjaya sebagai guru. Setelah itu dia meletak jawatan untuk menceburkan diri dalam politik. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
FAJAR SARAWAK | FAJAR SARAWAK, akhbar Melayu yang pertama di Sarawak. Akhbar dalam tulisan Jawi ini mula diterbitkan pada 1 Februari 1930. Penerbitan akhbar ini adalah atas daya usaha Haji Mohammad Daud bin Abdul Ghani, Mohammad Johari bin Anang, haji Abdul Rahman bin Haji Kassim dan Mohamad bin Anang. Mereka diketuai oleh Mohamad Rakawi Yusuf, seorang pesara. Untuk menerbitkan akhbar ini mereka menubuhkan Syarikat Putera Sarawak di Tingkat 2, 45 Jalan India, Kuching. | SASTERA | Penerbitan |
LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU | LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, pertubuhan kebajikan bagi membantu kaum wanita Islam. Idea penubuhan pertubuhan kebajikan ini lahir daripada cita-cita Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Pemaisuri Agong yang pertama. Baginda berhasrat agar sebuah pertubuhan kebajikan bagi membantu kaum wanita Islam yang miskin dan malang dapat ditubuhkan di negara ini. Baginda berusaha mengumpulkan beberapa tokoh wanita Islam yang berpengalaman mengenai pertubuhan sukarela. Akhirnya, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 31 Mac 1960. Jawatankuasa pertubuhan kebajikan ini dianggotai oleh Tunku Puan Besar Kurshiah (sebagai Yang Dipertua), Nyonya Razif (isteri kepada Duta Besar Indonesia Persekutuan Tanah Melayu), Puan Sri Puteh Mariah, Tengku Aishah, Fatimah Musa, Che Tom Khir Johari dan Aminah Bahaman. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |