KESULTANAN JOHOR | KESULTANAN JOHOR, institusi kerajaan Johor. Kesultanan Johor bermula daripada Kesultanan Johor-Riau-Lingga yang wujud sekitar abad ke-16. Pusat kerajaannya bermula di tanah besar Johor atau disebut juga 'Hujung Tanah' kemudian beralih ke Riau dan akhirnya sebelum berpecah, sultan bersemayam di Lingga. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
JOHOR BAHRU | | UMUM | |
JOHOR | | UMUM | |
PERJANJIAN BELANDA-JOHOR | PERJANJIAN BELANDA-JOHOR (1639), kontrak yang ditandatangani oleh Laksamana Johor, bagi pihak sultan, dengan Philips Lucasz, iaitu pegawai Syarikat Hindia Timur Belanda di Patani. Dalam kontrak ini, Johor berjanji akan membantu orang Belanda menyerang Portugis di Melaka. Sebagai balasan, Belanda bersetuju menolong kerajaan Johor membina kota di Batu Sawar (di Sungai Johor) dan melindungi Johor daripada orang Aceh dan Portugis. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
ABDUL RAHMAN ANDAK, DATO' SERI AMAR DIRAJA JOHOR | ABDUL RAHMAN ANDAK, Dato’ Seri Amar Diraja Johor (1850-1930), pembesar Johor yang menentang kemasukan British ke Johor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
DIALEK MELAYU JOHOR | DIALEK MELAYU JOHOR, satu bentuk kelainan dialek Melayu yang umum digunakan di negeri Johor, Singapura dan daerah-daerah yang di sekitarnya. Dialek Melayu Johor ialah pecahan daripada bahasa Melayu Johor-Riau. Bahasa Melayu Johor-Riau berasal daripada bahasa Melayu yang digunakan dalam kerajaan Melayu Melaka. | BAHASA | Bahasa |
UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR | UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR, undang-undang tertinggi yang dibuat dan diluluskan oleh badan berkuasa tertinggi bagi menguruskan hal ehwal negeri Johor dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Ia diakui sebagai undang-undang tertinggi negeri Johor. Bahagian mukadimah Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor ini memperuntukkan bahawa dengan kuasa yang ada, maka diperturunkan undang-undang dan peraturan bagi tujuan pentadbiran dan pengurusan negeri dan ia hendaklah dipakai berterusan, diwarisi dan tidak boleh dipinda dengan sewenang-wenangnya. Undang-undang ini hendaklah diterima pakai oleh semua anak negeri dan keengganan seseorang untuk mengakuinya atau mematuhinya boleh dianggap sebagai telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ADAT PERTABALAN SULTAN JOHOR | ADAT PERTABALAN SULTAN JOHOR, upacara menabalkan Sultan Johor yang baharu untuk menggantikan sultan yang mangkat. | BUDAYA | Konsep |
ANGKATAN TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR | ANGKATAN TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR, pasukan askar yang berkhidmat untuk kerajaan negeri Johor. Pasukan ini disebut juga Johore Military Force dan ditubuhkan pada tahun 1986. Penubuhannya adalah sebagai satu simbol kemerdekaan negeri Johor yang diiktiraf oleh British dalam Perjanjian British-Johor pada 11 Disember 1885. Sultan Abu Bakar menitahkan supaya ditubuhkan satu pasukan infantri yang dinamakan Angkatan Timbalan Setia Negeri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
MAJLIS BANDAR RAYA JOHOR BAHRU | Majlis Bandar raya Johor Bahru (MBJB), pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran, perancangan dan pembangunan Bandar raya Johor Bahru. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |