| KESULTANAN JOHOR | KESULTANAN JOHOR, institusi kerajaan Johor. Kesultanan Johor bermula daripada Kesultanan Johor-Riau-Lingga yang wujud sekitar abad ke-16. Pusat kerajaannya bermula di tanah besar Johor atau disebut juga 'Hujung Tanah' kemudian beralih ke Riau dan akhirnya sebelum berpecah, sultan bersemayam di Lingga. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
| SULTAN SULAIMAN BADRUL ALAM SYAH | SULTAN SULAIMAN BADRUL ALAM SYAH ( ? -1760), Sultan Johor Riau-Lingga-Pahang (1721-1760). Baginda diputerakan setelah ayahandanya, Bendahara Tun Abdul Jalil, dilantik sebagai Sultan Johor dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV (1699-1719), pengganti Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Pada tahun 1721, keluarga Sultan Abdul Jalil dengan sokongan tentera upahan Bugis telah melantik Raja Sulaiman sebagai Sultan Johor, Riau, Lingga dan Pahang. Baginda bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| PULAU KARIMUN | PULAU KARIMUN, kepulauan di dalam kerajaan Johor-Riau pada abad ke-19. kepulauan ini terletak di Selatan Selat Melaka. Kepulauan Karimun iaitu Karimun Besar dan Karimun Kecil merupakan sebahagian daripada beberapa buah pulau besar dan pulau kecil. Pantai utara Pulau Karimun Besar jelas menganjur ke laut, manakala pantai barat dan selatan dikelilingi batu dan batu karang. Bahagian utara pulau agak bergunung-ganang dengan Gunung Jantan merupakan kemuncak tertinggi. Tanah-tanih di Pulau Karimun Kecil terdiri daripada granit, pasir dan tanah liat, tetapi subur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
| BAHASA MELAYU RIAU | BAHASA MELAYU RIAU, pecahan daripada bahasa Melayu Johor-Riau. Bahasa Melayu Riau merupakan kesinambungan daripada bahasa Melayu kerajaan Melaka. Setelah kota Melaka jatuh ke tangan Portugis, kerajaan Melayu berpindah ke Johor dan kemudian ke Riau. | BAHASA | Konsep |
| DIALEK MELAYU JOHOR | DIALEK MELAYU JOHOR, satu bentuk kelainan dialek Melayu yang umum digunakan di negeri Johor, Singapura dan daerah-daerah yang di sekitarnya. Dialek Melayu Johor ialah pecahan daripada bahasa Melayu Johor-Riau. Bahasa Melayu Johor-Riau berasal daripada bahasa Melayu yang digunakan dalam kerajaan Melayu Melaka. | BAHASA | Bahasa |
| KANUN RIAU-LINGGA | KANUN RIAU-LINGGA, teks Melayu lama menceritakan asal usul raja-raja Melayu yang memerintah Johor-Riau. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Akta |
| MELAYU SINGAPURA | MELAYU SINGAPURA, sebahagian daripada rumpun Melayu Nusantara yang mendiami Pulau Singapura sejak dahulu kala, serta mereka daripada pelbagai suku kaum Melayu yang berhijrah ke sana dari pelbagai tempat di Alam Melayu selepas British mengambil alih Singapura daripada kerajaan Johor-Riau pada tahun 1819. Hari ini, orang Melayu Singapura adalah golongan minoriti. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
| DELI | DELI, kerajaan Melayu di Sumatera Utara, lanjutan daripada kerajaan Deli Tua. Kerajaan Deli dahulu pernah dikenal sebagai Kerajaan Haru atau Guri, dan menjadi sebahagian daripada kerajaan Johor-Riau pada tahun 1540. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
| SULTAN ABDUL JALIL RIAYAT SYAH IV | SULTAN ABDUL JALIL RIAYAT SYAH IV (? – 1721), Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang (1699 – 1718). Nama sebenarnya ialah Tun Abdul Jalil. Baginda menjadi bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja Johor semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah II (1685 – 1699). Sultan Mahmud mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama pada tahun 1699 tanpa meninggalkan zuriat. Justeru itu, Bendahara Tun Abdul Jalil melantik dirinya sebagai Sultan Johor dan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV. Adinda baginda, Tun Mahmud, dilantik sebagai Raja Muda dan Tun Mas Anom sebagai Bendahara Seri Maharaja. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| DAENG CELAK | DAENG CELAK (? -1745), Yang Dipertuan Muda Riau-Johor yang kedua dengan gelaran Sultan Alaudin Syah ibn Opu (m.m. 1728). Dia juga disebut Daeng Pali, putera keempat Opu Tendribureng Daeng Rilaka, anak saudara Arumpone, Raja Bone. Pada akhir abad ke-17, Daeng Rilaka berangkat dari Sulawesi mengembara ke tanah barat dengan puteranya berlima saudara. Pada waktu itu, Daeng Celak masih muda. Pada tahun 1722, Daeng Marewah, abang Daeng Celak, dilantik oleh Sultan Sulaiman dari kerajaan Johor sebagai Yang Dipertuan Muda Riau-Johor. Pada waktu yang sama, Daeng Celak telah dinikahkan dengan Tengku Mandak, saudara Sultan Sulaiman. Daeng Celak dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda Riau-Johor apabila Daeng Marewah meninggal dunia pada tahun 1728. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |