Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata johore


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANGKATAN TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR

ANGKATAN TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR, pasukan askar yang berkhidmat untuk kerajaan negeri Johor.  Pasukan ini disebut juga Johore Military Force dan ditubuhkan pada tahun 1986.  Penubuhannya adalah sebagai satu simbol kemerdekaan negeri Johor yang diiktiraf oleh British dalam Perjanjian British-Johor pada 11 Disember 1885.  Sultan Abu Bakar menitahkan supaya ditubuhkan satu pasukan infantri yang dinamakan Angkatan Timbalan Setia Negeri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
IBRAHIM ISMAIL, JENERAL (B) TAN SRIIBRAHIM ISMAIL, Jeneral (B) Tan Sri (1922-  ), Ketua Turus Angkatan Tentera (kini Panglima Angkatan Tentera) Malaysia yang ketiga. Dia lahir pada 19 Oktober 1922 di Kampung Air Molek, Johor. Dia mendapat pendidikan awal di English College, Johor Bahru dan mula terlibat dalam ketenteraan dalam tahun 1941, bersama-sama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn, apabila kedua-duanya menyertai Johore Military Force. Kemudian dia dihantar ke Akademi Tentera India di Dehra Dun untuk menjalani latihan tentera.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
WATANIAHWATANIAH, pasukan sukarela.  Wataniah kini dikenal sebagai Askar Wataniah.  Pasukan ini telah wujud di Tanah Melayu sejak  tahun 1861 iaitu  dengan tertubuhnya Pasukan Penang Volunteers di Pulau Pinang.  Pasukan ke-2 Penang Volunteers ditubuhkan pada 29 Jun 1899. Di Melaka, Malacca Company Singapore Volunteer Corps ditubuhkan pada 25 Oktober 1901.  Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pula menubuhkan Malay States Volunteers Rifles (MSVR) pada tahun 1902. Sultan Ibrahim, Johor mengambil inisiatif  menubuhkan Johore Volunteers Forces bagi orang Melayu pada tahun 1905.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas