| DUSE, ELEONORA | Duse, Eleonora (1858–1924), pelakon wanita Itali yang mendapat jolokan “pelakon wanita terhebat pada zamannya”. | UMUM | |
| SASKATCHEWAN | Saskatchewan (pend. 988 928) adalah salah satu Provinsi Prairi di Kanada. Ia merupakan kawasan tanaman gandum yang terbesar di Amerika Utara. Petaninya menghasilkan kira-kira separuh daripada gandum Kanada. Kawasan gandum yang luas ini diberi nama jolokan Bakul Roti Kanada . Kereta api digunakan untuk mengangkut sebahagian besar gandum ini ke pelabuhan-pelabuhan Kanada untuk dihantar ke seluruh dunia. | UMUM | |