SAN JOSE | San Jose, California, (pend. 782 248; pend. kaw. met. 1 497 577) ialah bandar perindustrian yang utama dan salah sebuah pusat pembuatan aeroangkasa yang utama di Amerika Syarikat. Ia terletak di Lembah Santa Clara, lebih kurang 80 kilometer ke selatan San Francisco. Keluaran utama industri elektronik di sini ialah komputer dan kelengkapan komputer. Kawasan dari San José ke barat laut ke Palo Alto kadang-kadang dikenali sebagai Lembah Silikon disebabkan terdapat banyak industri komputer dan industri yang berkaitan dengan komputer. | UMUM | |
LAUREL, JOSE PACIANO | | UMUM | |
LÓPEZ PORTILLO JOSÉ | | UMUM | |
RIZAL, JOSÉ | Rizal, José (1861–1896), doktor dan penulis novel yang telah menjadi wira kebangsaan Filipina. Dia merupakan pemimpin awal pergerakan bangsa Filipina untuk mencapai kebebasan politik dan sosial daripada Sepanyol. Orang Sepanyol yang memerintah Filipina pada masa itu, telah membunuh Rizal disebabkan oleh aktivitinya. Setelah Filipina mencapai kemerdekaan, sebuah provinsi di tengah-tengah Luzon diberi nama Rizal sebagai penghormatan terhadapnya. | UMUM | |
SAN JOSÉ | San José (pend. 241 464; pend. kaw. met. 560 000) ialah ibu negara, bandar terbesar dan pusat perniagaan di Costa Rica. Ia terletak di dataran tinggi wilayah pertanian yang utama di negara ini. Untuk lokasi, lihat Costa Rica (peta politik). | UMUM | |
ARTIGAS, JOSÉ GERVASIO | Artigas, José Gervasio (1764–1850) ialah pahlawan kebangsaan Uruguay. Dia menyertai patriot Argentina pada tahun 1810 dalam pemberontakan menentang Sepanyol. Dia pulang ke Uruguay, dan mengerahkan tentera untuk memerangi Sepanyol. Untuk seketika waktu pada tahun 1815, dia menjadi pelindung atau pemerintah sebahagian besar Uruguay dan beberapa provinsi di Argentina. Tetapi tentera menawan Portugis Montevideo pada tahun 1817, dan Artigas akhirnya lari ke Paraguay pada tahun 1820. Dia lahir di Montevideo. Lihat Uruguay (Kemerdekaan). | UMUM | |
DUARTE, JOSÉ NAPOLEON | Duarte, José Napoleon (1926–1990), mula menjawat jawatan Presiden EI Salvador yang dipilih pada 1 Jun 1984. Dia berkhidmat sebagai presiden kerajaan junta tentera dari tahun 1980 hingga tahun 1982. | UMUM | |
D’ ALMEIDA, JOSE | D’ Almeida, Jose (1784–1850), doktor dan pelopor perniagaan di Singapura. Dia menjadi pemimpin komuniti Portugis tempatan dan dilantik sebagai jeneral-konsul bagi Portugal. | UMUM | |
SAN MARTIN, JOSÉ DE | San Martin, José de (1778–1850) ialah jeneral Argentina yang membantu memimpin perjuangan merebut kemerdekaan di Amerika Selatan menentang Sepanyol. Dialah pahlawan Argentina yang teragung. | UMUM | |
SUCRE, ANTONIO JOSÉ DE | Sucre, Antonio José de (1795–1830), tokoh yang membebaskan Ecuador dan Bolivia daripada penjajahan Sepanyol dan memegang jawatan sebagai presiden pertama Bolivia. Dia ialah jeneral yang paling berkebolehan pada zamannya. Kemenangannya di Ayacucho pada tahun 1824 menamatkan pemerintahan Sepanyol di Amerika Selatan. | UMUM | |