SURAH AL-NASR | Surah al-Nasr ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-110 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi tiga ayat. Surah ini dinamakan al-Nasr (kemenangan) kerana isi kandungannya menceritakan mengenai kemenangan yang gemilang bagi umat Islam, iaitu kemenangan besar ketika pembukaan kota Makkah. Pada hari kemenangan ini jugalah Rasulullah s.a.w. menggambarkan tanda kesempurnaan risalahnya, maka dengan sebab itulah surah ini juga dinamakan surah al-Tawdi‘ (selamat tinggal). | UMUM | |
MATANG | MATANG, pusat pentadbiran bagi daerah Larut, Perak yang dibuka oleh Long Jaafar pada tahun 1850-an. Matang yang dahulunya dikenal sebagai Permatang, merupakan sebuah pusat kegiatan melombong bijih timah. Matang terletak di muara Sungai Larut, pantai barat Perak, sesuai sebagai tempat import dan eksport barang-barang dari Pulau Pinang dan ke pulau itu yang ditadbir oleh pihak British. Di sini jugalah Long Jaafar membina kota dan tempat kediamannya. Setelah kematian Long Jaafar, anaknya Ngah Ibrahim, terus menggunakan Matang sebagai pusat pentadbiran yang meliputi kawasan Kerian, Matang dan Selama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |