NEBRASKA | Nebraska (pend. 1 584 617) ialah negeri di kawasan barat tengah Amerika Syarikat. Negeri ini adalah sebuah kawasan pertanian utama. Hasil tanaman utamanya ialah jagung. Nama julukan bagi Nebraska ialah Cornhusker State . Nama Nebraska berasal dari perkataan Orang Asli Amerika Oto, iaitu nebrathka . | UMUM | |
POST, WILEY | Post, Wiley (1899–1935) ialah juruterbang perintis Amerika. Dia adalah orang yang pertama melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia. Dia melakukan penerbangan bersejarah itu pada tahun 1933 dalam sebuah pesawat Lockheed Vega berenjin tunggal dengan nama julukan Winnie Mae . | UMUM | |
TANAH SAHUL | TANAH SAHUL, julukan terutamanya oleh pengkaji arkeologi untuk merujuk keadaan darat luas yang pernah wujud antara benua Australia dan pulau Irian Jaya – Papua New Guinea serta pulau-pulau kecil di Laut Arafura. Secara lebih tepat, Tanah Sahul boleh dianggap meliputi Pelantar Arafura, Pelantar Sahul, Teluk Carpentaria, pelantar berkedalaman kurang daripada 200 m di sebelah timur Selat Torres, dataran pantai selaran Irian Jaya – Papua New Guinea dan daratan rendah di sebelah utara Australia. Sempadan barat Tanah Sahul belum jelas. Ada yang memasukkan Pelantar Rowley hingga North West Cape ke dalamnya, tetapi lebih umum batas baratnya ditarik di Tanjung Leveque, Western Australia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
LOH BOON SIEW, TAN SRI | Loh Boon Siew, Tan Sri (1916-1995), usahawan dan hartawan Malaysia yang diberi julukan “Mr. Honda Malaysia”. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Tokoh |
NAMA PADANG | Nama padang mungkin memerikan bentuk padang, kualiti dan lokasinya. Sesetengah padang diberi nama mengambil sempena nama orang atau peristiwa bersejarah. Nama seperti brade, balk, flat dan shute merujuk kepada bidang tanah di padang terbuka pada Zaman Pertengahan. Sesetengah nama padang berasal daripada kata lama bagi pastura dan kandang haiwan. Beberapa nama aneh, nama julukan, dan nama ironik juga diberikan kepada padang. | UMUM | |
SYEIKH MUHAMMAD JAMIL JAMBEK | SYEIKH MUHAMMAD JAMIL JAMBEK (1862-1947), ulama Indonesia. Beliau lahir di Bukittinggi, Sumatera. Ayahnya seorang penghulu adat, manakala ibunya berasal dari Betawi. Riwayat hidupnya seperti sebuah cerita rakyat yang mengisahkan peralihan seorang `parewa’, iaitu anak muda yang adventurer, menjadi seorang ulama besar. Setelah berumur 24 tahun, Syeikh Muhammad Jamil ke Makkah untuk belajar dan menetap di sana selama 10 tahun. Beliau berguru dengan Syeikh Ahmad Khatib al-Minangkabawi dan Syeikh Tahir Jalaluddin, yang memberinya nama julukan al-Falaqi. Pada tahun 1903, beliau kembali ke Minangkabau. Setelah Syeikh Tahir Jalaluddin menerbitkan majalah Al-Imam di Singapura, Syeikh Muhammad Jamil bersama-sama Haji Abdul Karim Amrullah, Haji Abdullah Ahmad dan Syeikh M. Thaib Umar, memperkenalkan cita-cita dan pemikiran Kaum Muda. Mereka dianggap sebagai `empat sekawan’ ulama Kaum Muda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |