| ABDUL HAMID JUMAT, DATO' | ABDUL HAMID JUMAT, Dato’ (1916-1978), Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Singapura (1953-1960). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
| SULTAN ABDUL RAHMAN IBNI SULTAN MAHMUD | SULTAN ABDUL RAHMAN IBNI SULTAN MAHMUD ( ? - 1832), Sultan Johor (1812 – 1832). Baginda juga dikenali dengan nama Tengku Jumat atau Komeng. Baginda ialah putera kepada Sultan Mahmud Syah (m.m. 1761 – 1812) dengan wanita Bugis, Che Mariam binti Bandar Hasan. Baginda menduduki takhta kerajaan Johor pada 12 Januari 1812 menggantikan ayahandanya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| KESATUAN MELAYU SINGAPURA | KESATUAN MELAYU SINGAPURA, sebuah badan yang memperjuangkan hak orang Melayu. Kesatuan Melayu Singapura (KMS) ditubuhkan pada tahun 1926 dengan Mohd. Eunos Abdullah sebagai presiden yang pertama. Keanggotaan KMS terdiri daripada pegawai kerajaan, guru dan wartawan. Mereka ialah Embok Sooloh, Tengku Kadir, Abdul Samad Pagak, Daud Md. Shah, Manan Ali, Yusof Ishak, Ishak Haji Muhammad dan Abdul Hamid Jumat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |