Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ni.per] | جونيڤر

Definisi : sj pokok renek malar hijau drpd genus Juniperus yg buah berinya menghasilkan minyak yg dapat digunakan dlm ubat dan sbg perisa dlm gin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.ni.per] | جونيڤر

Definisi : nama sj pokok renek yg berdaun tirus ke atas atau berbentuk piramid dan menghijau sepanjang tahun, Juniperus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata juniper


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JUNIPER UMUM 
TAMAN NEGARA MESA VERDE

Taman Negara Mesa Verde ialah satu kawasan

taman di Amerika Syarikat. Ratusan tahun dahulu,

Orang Asli Amerika membina tempat tinggal di

tebing kawasan penara tinggi di sepanjang tembok

ngarai, yang merupakan sebahagian daripada

dataran tinggi terbesar di barat daya Colorado,

Amerika Syarikat. Sebahagian daripada kawasan

petempatan cenuram masih lagi wujud sehingga

kini. Pada tahun 1906, Kongres Amerika Syarikat

telah memperuntukkan kawasan ini sebagai taman

negara. Taman ini dinamakan Mesa Verde

(perkataan Sepanyol bererti meja hijau ), kerana ia

dipenuhi oleh hutan pokok juniper dan pokok pain

piñon.

UMUM 

Kembali ke atas