KEJURURAWATAN | Kejururawatan ialah suatu profesion yang memberi tumpuan terdapat penjagaan orang sakit dan juga pencegahan penyakit. Kebanyakan jururawat bekerja di hospital. Ada juga jururawat menjaga pesakit di kediaman pesakit sendiri. Banyak jururawat yang lain pula membantu doktor di klinik pergigian dan perubatan, di sekolah, di taman bimbingan kanak-kanak, di kedai dan kilang, dalam pasukan angkatan tentera, dan di dalam kapal, kereta api, dan kapal terbang. Jururawat dengan latihan khas boleh juga mengajar di sekolah kejururawatan, iaitu melatih lelaki dan perempuan untuk menjadi jururawat. | UMUM | |
KEJURUTERAAN BIOPERUBATAN | Kejuruteraan bioperubatan ialah bidang yang menggunakan pengetahuan kejuruteraan untuk menyelesaikan masalah-masalah biologi dan perubatan. Jurutera bioperubatan terdiri daripada golongan profesional penjagaan kesihatan, termasuk doktor, jururawat, dan juruteknik perubatan. Terdapat juga, jurutera bioperubatan terlibat dalam menjalankan diagnosis dan rawatan penyakit manusia. Ada pula menjalankan penyelidikan, mereka bentuk peralatan perubatan, atau membina prosedur perubatan yang baharu. | UMUM | |
NUTTING, MARY ADELAIDE | Nutting, Mary Adelaide (1858–1948), kelahiran Kanada, ialah pemimpin dalam pembangunan profesional kejururawatan di Amerika Syarikat. Dia berusaha untuk mengukuhkan standard profesional dalam kedua- dua lapangan pendidikan jururawat dan amalan kejururawatan. Dia membangunkan beberapa program latihan yang melengkapi pengalaman amali di hospital dengan mengadakan panduan kelas dalam aspek prinsip kejururawatan. | UMUM | |
STRACHEY, LYTTON | Strachey, Lytton (1880–1932) ialah penulis biografi, penulis esei, dan pengkritik sastera. Karyanya yang sangat terkenal ialah biografi – Eminent Victorians (1918) dan Queen Victoria (1921). Eminent Victorians ialah sekumpulan lakaran tentang empat orang ternama England pada zaman Victoria – pendidik Thomas Arnold, Jeneral Charles Gordon, Henry Cardinal Manning, dan jururawat Florence Nightingale. Gambaran Strachey yang ringkas tetapi teliti mengadunkan campuran fakta, imaginasi, dan analisis psikologi. | UMUM | |
PAKAIAN | Pakaian ialah semua jenis pakaian, dan perhiasan yang dipakai oleh orang di seluruh dunia. Seorang Eskimo mungkin sahaja memakai but, seluar panas dan kot tebal, seorang Afrika yang tinggal di sebuah kampung mungkin hanya memakai sehelai kain yang diikat sekeliling pinggang dan seorang jururawat berkemungkinan memakai pakaian seragam dan topi khas. Seorang kakitangan bank di London berkemungkinan memakai sut perniagaan dan topi berbentuk pembaling bola. Setiap orang memakai pakaian yang berlainan, kerana semuanya merasakan perlu memakai pakaian tertentu, sama seperti makanan dan tempat perlindungan, pakaian merupakan salah satu daripada keperluan manusia yang sangat penting. | UMUM | |
PERKHIDMATAN KESIHATAN NEGARA | Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS – National Health Service) ialah sistem penjagaan kesihatan di United Kingdom (UK), yang menyediakan perkhidmatan perubatan biayaan negara kepada semua penduduknya. Negara-negara lain juga mempunyai skim perkhidmatan yang sama tetapi berbeza namanya. Perkhidmatannya yang termasuk langkah-langkah pencegahan dan terapeutik, dan perkhidmatan masyarakat bersekutu, dibayar terutamanya daripada cukai umum. Tetapi warga yang bekerja memberi sumbangan tambahan melalui skim insurans kesihatan wajib. Doktor, jururawat dengan lain-lain personel berada di bawah kontrak dengan kerajaan. NHS berserta hospital, pusat kesihatan, lain-lain kemudahan bersekutu adalah milik awam. | UMUM | |
NUSAYBAH BINT AL-HARITH | Nusaybah bint al-Harith ialah Nusaybah bint al-Harith al-Ansariyyah. Ada mengatakan dia adalah Nusaybah bint Ka‘ab. Dia adalah seorang daripada golongan sahabat yang terkenal. Dia memeluk Islam dan memberi baiah kepada Rasulullah s.a.w. Nusaybah adalah orang yang diberi tugas memandikan jenazah Zaynab bint Rasulullah s.a.w. Kemudian para ulama mempelajari kaedah pemandian jenazah daripadanya. Nusaybah juga bersama-sama Rasulullah s.a.w. dalam tujuh peperangan. Dia bertugas sebagai jururawat tentera Islam yang tercedera di samping menyediakan makanan untuk mereka. Di samping itu, dia mengiringi para tentera di belakang dalam ekspedisi mereka. Nusaybah pada mulanya menetap di Madinah tetapi kemudiannya berpindah ke Basrah. | UMUM | |