ASID SITRIK | Asid sitrik ialah asid organik biasa yang memberi rasa masam pada buah lemon, limau dan buah-buahan sitrus yang lain. Jus lemon mengandungi 6 hingga 7 peratus asid ini. Nama sitrik berasal daripada perkataan Latin citrus yang bermakna pokok sitron (sama dengan pokok lemon dan pokok limau nipis). Carl Wilhelm Scheele, ahli kimia Sweden adalah orang pertama yang mengasingkan asid sitrik daripada jus lemon pada tahun 1784. | UMUM | |
NANAS | Nanas ialah tumbuhan tropika yang terkenal kerana buahnya yang berjus dan berbau harum. Barangkali ia mendapat namanya pineapple dalam bahasa Inggeris kerana buahnya kelihatan seperti sebiji kon pain yang besar. Ramai orang suka meminum jus nanas dan memakan buahnya sebagai pencuci mulut atau dalam salad buah-buahan. Thailand menanam lebih banyak nanas daripada mana-mana negara lain. Petani di sana mengeluarkan lebih kurang satu per empat daripada nanas di dunia. | UMUM | |