KEMATIAN | Kematian bermakna berakhirnya kehidupan. Semua benda hidup akhirnya akan mati, tetapi barangkali hanya manusia yang boleh membayangkan justify>kematian mereka. Kebanyakan manusia justify>takut kepada kematian dan mencuba untuk tidak justify>memikirkan tentangnya. Walaupun begitu, sikap justify>berhati-hati terhadap kematian merupakan salah satu justify>daripada dorongan utama yang membentuk justify>tamadun manusia. Sepanjang peredaran sejarah, justify>manusia tidak pernah berhenti mencari kaedah justify>perubatan terkini untuk melambatkan kematian. Ahli justify>falsafah dan ketua agama telah mencuba untuk justify>memahami makna sebenar kematian. Sesetengah justify>para cerdik pandai percaya bahawa perkembangan justify>manusia ini ialah hasil daripada kemampuan justify>manusia mengatasi kematian dan memperoleh justify>keabadian hasil pencapaiannya yang berkekalan. | UMUM | |
SAMSURI | justify" align=justify>SAMSURI (1925 - ), ahli bahasa Indonesia. Dia lahir pada 31 Julai 1925 di Mojokerto, Jawa Timur, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awal di Schakelschool di Mojokerto dan Hollandse Kweekschool di Yogyakarta. Dia kemudian memasuki Sekolah Guru Laki-laki di Yogyakarta dan tamat pada tahun 1943. Selepas itu dia memasuki Sekolah Guru Atas di Surabaya dan tamat pada tahun 1953. Samsuri melanjutkan pelajarannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Yogyakarta, dan tamat pada tahun 1956. Dia memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang linguistik dari Indiana University pada tahun 1958. Dari tahun 1963 hingga 1965, dia melanjutkan pelajarannya di universiti yang sama, dan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah, juga dalam bidang linguistik. | BAHASA | Tokoh |
SAMBAL | justify" align=justify>SAMBAL, makanan pembuka selera yang diperbuat daripada cili. Terdapat banyak jenis sambal, ada yang dimasak dan ada yang disediakan secara mentah. Sambal yang dimasak seperti sambal tumis, sambal sate, sambal ketupat, sambal lumat dan sambal goreng boleh disimpan berhari-hari. Sambal mentah seperti sambal belacan, sambal kelapa dan sambal tempoyak adalah makanan pembuka selera yang mengiringi makanan lain seperti ulam-ulam, ikan bakar dan ikan goreng. | BUDAYA | Makanan |
SAILENDRA | justify" align=justify>SAILENDRA, kerajaan di Jawa Tengah, Indonesia. Nama Sailendra muncul dalam beberapa buah inskripsi. Inskripsi yang tertua yang menyebut nama Sailendra sebagai Salendramah ialah inskripsi Sojomerto (725M). Inskripsi Kalasan (778M), pula menyebut Sailendragurubhis, Sailendravansatilakasya dan Sailendra Rajagurubhis. Sementara dalam inskripsi Kelurak (782M), Sailendra disebut sebagai Sailendrvansatilakena, inskripsi Abhayagirivihara (792M), menyebut Dharmmatungadevasysailendra, dan inskripsi Kayumwunan (824M) menyebut Sailendra Vansatilaka. Di luar Indonesia, antara inskripsi yang menyebut Sailendra ialah inskripsi Nalanda (860M), inskripsi Ligor (775M) dan inskripsi Chola (1025M). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
SALMAH MOHSIN | justify" align=justify>SALMAH MOHSIN (1944 - ), wartawan dan penulis. Dia lahir pada 13 Februari 1944 di Kampung Bagan, Batu Pahat, Johor. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bagan hingga darjah tiga, Sekolah Inggeris Perempuan Temenggung Ibrahim, Batu Pahat dan Sekolah Agama Perempuan Bagan hingga tamat darjah khas. | SASTERA | Tokoh |
SALASILAH KUTAI | justify" align=justify>SALASILAH KUTAI, karya sastera sejarah. Salasilah Kutai mengisahkan cerita raja-raja Kutai Kertanegara yang didirikan pada abad ke-14 hingga zaman Raja Pangeran Panji Mendapat yang memerintah pada abad ke-17. Salasilah Kutai pernah dua kali diterbitkan. Pertamanya, oleh C.A. Mees (1935) berdasarkan naskhah yang ditulis oleh Tuan Khatib Muhammad Tahir pada tahun 1265. Kali kedua oleh W. Kern (1956) berdasarkan naskhah yang ditulis oleh Awang Lambang pada masa pemerintahan Sultan Sulaiman (1850). | SASTERA | Karya |
SALAH ASUHAN | justify" align=justify>SALAH ASUHAN, novel karya Abdul Muis. Novel setebal 231 halaman ini diterbitkan pertama kali oleh Balai Pustaka pada tahun 1928. Hingga tahun 1990, novel ini telah diulang cetak sebanyak 18 kali. Pada tahun 1969, Salah Asuhan mendapat hadiah tahunan dari pemerintah Republik Indonesia bersama-sama novel Siti Nurbaya, Belenggu dan Atheis. Pada tahun 1972, novel ini telah difilemkan. Salah Asuhan juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina dan Jepun. | SASTERA | Karya |
SAJAK PROTES | justify" align=justify>SAJAK PROTES, sajak yang memperlihatkan sikap penentangan dan kurang senang penyair terhadap sesuatu isu yang timbul dalam masyarakat yang ada hubungannya dengan keadaan sosioekonomi dan politik. Sajak protes mula berkembang di Malaysia pada tahun 1966. Suara penyair yang lantang dan berterus terang, menyebabkan nilai seni sajak tidak terpelihara. | SASTERA | Konsep |
SAIDIN YAHYA | justify" align=justify>SAIDIN YAHYA (1922 - 1988), pelukis dan penulis. Dia lahir di Tanjung Dawai, Kedah. Dia mendapat pendidikan di sekolah Melayu hingga Darjah Lima (1935). Pada tahun 1936, dia menjadi guru pelatih di sekolah Melayu di Kedah hinggalah selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Setelah lulus Senior Cambridge, pada tahun 1960, dia ke Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur dan lulus kuliah bertulis dari Universitas Nasional Indonesia. Dia kembali mengajar di Kulim dan Alor Setar hinggalah dia bersara pada tahun 1977. | BUDAYA | Tokoh |
SAID ZAHARI | justify" align=justify>SAID ZAHARI (1928 - ), nasionalis dan wartawan. Dia lahir pada 18 Mei 1928 di kawasan Scotts Road, Singapura. Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Tanglin Besar, sebelum menyambung pelajaran di sekolah Jepun Sihan Gakko selama lebih kurang dua tahun. Setelah kekalahan Jepun, Said meneruskan persekolahannya di Anglo-Chinese Evening School dan kemudian di Anglo-Malay Evening School hingga memperoleh sijil Senior Cambridge pada tahun 1951. Dia mahir dalam tiga bahasa, iaitu Melayu, Inggeris dan Mandarin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |