PERANG TABUK | Perang Tabuk berlaku pada bulan Rejab tahun ke-9 H., antara orang Islam di bawah pimpinan Nabi Muhammad s.a.w. dengan orang Rom di Syam. Raja Rom bernama Harqal telah mengumpulkan orang Rom dan kabilah-kabilah Arab yang berada di bawah pertuanan Rom, untuk memerangi orang Islam. Rasulullah s.a.w. yang mengetahui perkara ini, keluar bersama-sama 30 000 orang tentera Islam untuk menentang mereka pada tahun yang mengalami kemarau dan cuaca yang sangat panas. | UMUM | |
PERANG MISLUN | Perang Mislun atau Maysalun ialah peperangan orang Syria dengan penjajah Perancis. Perancis dan British telah membahagikan negara Syam kepada Syria, Lubnan, Palestin dan Jordan selepas Perang Dunia I (1914–1918 M.) mengikut Perjanjian Sykes–Picot. Perancis menjajah kawasan pantai Syria manakala bahagian pedalaman Syria diperintah oleh al-Amir Faysal. Perancis yang ingin menguasai keseluruhan Syria, telah menghantar Jeneral Gourand untuk berbincang dengan al-Amir Faysal. Dia meminta al-Amir Faysal menerima penyatuan Syria yang akan dibuat oleh Perancis dan beberapa permintaan lainnya. Kabilah-kabilah Arab di Syria menolaknya. Ini memaksa Jeneral Gourand memberi amaran secara bertulis kepada al-Amir Faysal supaya menerima tuntutan itu. Kerajaan al-Amir Faysal menerima amaran itu walaupun kabilah Arab tetap menolak tuntutan Perancis. | UMUM | |
PERANG | Perang ialah suatu pertarungan antara dua golongan besar yang berusaha untuk memusnah atau mengalahkan lawan masing-masing. Peperangan ada pelbagai jenis, misalnya peperangan antara dua buah keluarga, kabilah dengan kabilah dan antara pengikut satu agama dengan pengikut agama yang lain. | UMUM | |
ABU HURAYRAH | Abu Hurayrah (21 S.H.–59 H./602 M.–679 M.), salah seorang sahabat yang setia dan keturunannya berasal daripada kabilah al-Azd. Nama penuhnya ialah ‘Abd al-Rahman ibn Shakr al-Dawsiy. Dia dibesarkan dalam keadaan yatim pada zaman Jahiliah. Yang pasti, dia memeluk Islam melalui al-Tufayl ibn ‘Amru al-Dawsiy yang datang menemui Rasulullah SAW. Sebelum Hijrah, Abu Hurayrah r.a. bersama-sama kaum kerabatnya yang memeluk Islam tidak bergabung dengan Rasulullah SAW melainkan setelah tamat pembukaan Khaybar. Abu Hurayrah datang dengan 80 orang kabilah Daws yang memeluk Islam. Kebetulan kedatangan mereka ketika orang Muhajirin baru kembali dari Habsyah, yang diketuai oleh Ja’far ibn Abi Talib r.a. Rasulullah SAW meraikan mereka dengan memberikan sebahagian harta rampasan Khaybar. Abu Hurayrah sentiasa mendampingi Rasulullah SAW dan menjadi ketua ahli al-Suffah di Masjid Nabawi. | UMUM | |
ABU AL-HAYTHAM IBN AL-TAYHAN | Abu al-Haytham ibn al-Tayhan ( ? –20 H./ ? –641 M.), sahabat Rasulullah SAW daripada golongan Ansar. Nama sebenarnya ialah Malik ibn al-Tayhan. Dia berasal daripada keturunan kabilah al-Aus iaitu salah satu kabilah yang terdapat di Madinah. Walaupun dia dibesarkan pada zaman Jahiliah tetapi dia amat membenci penyembahan berhala. Dia berpegang pada agama tauhid. Oleh sebab itu dia segera memeluk Islam dan merupakan antara enam orang terawal menemui Rasulullah SAW di Makkah dan beriman kepada Baginda. Dia juga hadir dalam dua Bai’ah, iaitu Bai’ah Aqabah I dan Bai’ah Aqabah II serta dilantik sebagai salah seorang naqib. | UMUM | |
ZAYD IBN THABIT | Zayd ibn Thabit (11 SH – 45 H/611 M – 665), sahabat nabi yang berasal daripada golongan Ansar daripada kabilah Khazraj. Nama penuhnya ialah Zayd ibn Thabit Abu Kharijah. Dia lahir di Madinah. Bapanya terbunuh dalam Perang Bi’ath sewaktu dia berusia enam tahun. Dia dibawa ke Makkah oleh ibunya. | UMUM | |
PERANG HUNAYN-HAWAZIN | Perang Hunayn-Hawazin berlaku pada 10 Syawal tahun kelapan H., sebaik sahaja selesai pembukaan atau penaklukan Makkah al- Mukarramah. Peperangan ini berlaku antara kaum muslimin yang diketuai oleh Rasulullah s.a.w. dengan kaum musyrikin dari kabilah Hawazin dan kabilah Thaqif di daerah Ta’if. | UMUM | |
MARINIYYUN, KERAJAAN | Mariniyyun, Kerajaan (610 H. – 869 H./ 1213 M.–1465 M.). Menurut sejarah, kerajaan al-Mariniyyun ialah generasi peringkat kedua kabilah Zanatah al-Barbariyyah. | UMUM | |
SAYID | SAYID, gelaran yang diberikan kepada keturunan Arab di Malaysia. Perkataan Sayid berasal daripada bahasa Arab ‘Sayyid’ yang bermaksud ketua atau pemimpin. Sayid juga bermaksud pemimpin atau ketua kabilah. Misalnya, Abu Masud mendakwa sebagai ketua kabilah Thaqif dan al-Walid bin al-Mughirah sebagai ketua kabilah Quraisy. Sayid juga boleh diertikan sebagai orang kenamaan, gelaran yang diberikan kepada golongan ahli tasawuf dan ahli keramat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
SALAH AL-DIN AL-AYYUBI (532–589 H. / 1137–1193M.) | SALAH AL-DIN AL-AYYUBI (532–589 H. / 1137–1193M.), digelar al-Malik al-Nasir dan pemimpin tentera Islam yang terkenal. Nama penuhnya ialah Yusuf ibn Ayyub ibn Shadiy ibn Marwan ibn Ya‘qub al-Duwiniy, al-Takritiy al-Mawlid Abu Muzaffar, Salah al-Din al-Ayyubi. Ayahnya Najm al- Din berasal dari Duwin, sebuah negeri di Azerbaijan di bahagian Aran dan al-Karaj. Dia berasal daripada keturunan al-Rawadiyyah dan juga daripada Kabilah al-Huzbaniyyah yang merupakan antara kabilah Kurdis yang terbesar. Kabilah al-Huzbaniyyah yang diketuai oleh Mujahid al-Din Bahruz, iaitu ketua pengawal tentera Iraq yang tiba di Tikrit setelah kekuatannya tersusun lengkap dan kabilahnya memberi khidmat kepadanya dalam keadaan inilah lahirnya Salah al-Din. | UMUM | |