Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.bung] | کابوڠ

Definisi : kain putih yg dili­litkan pd kepala tanda berdukacita (kerana kemangkatan raja dll); berkabung 1. memakai kabung (tanda ber­dukacita): setelah baginda dikebumikan, maka mereka itu sekaliannya pun ~lah empat puluh hari; 2. memperlihatkan tanda-tanda sedang berdukacita (kerana kematian seseorang dll): dia memakai pakaian hitam kerana katanya dia sedang ~ kerana kematian suaminya; perkabungan 1. pakaian (kabung dll) yg dipakai semasa berkabung; 2. perihal, perbuat­an atau keadaan berkabung: hari ini ialah hari ~ orang Melayu amnya kerana kejatuhan kerajaan Melayu Melaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bung] | کابوڠ

Definisi : ukuran panjang yg sama dgn 4 hasta (kira-kira satu depa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bung] | کابوڠ

Definisi : sj tumbuhan (palma), enau, Arenga pinnata: gula ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bung] | کابوڠ

Definisi : , = perkabungan kain putih yg dililitkan di kepala sbg tanda bersedih (kerana raja mangkat dll). berkabung memakai kabung sbg tanda bersedih: Setelah baginda dikebumikan; maka rakyat sekaliannya pun ~lah selama empat puluh hari. perkabungan 1 pakaian yg dipakai ketika berkabung; kabung. 2 perbuatan atau hal berkabung; keadaan berkabung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.bung] | کابوڠ

Definisi : nama sj palma; enau, Arenga pinata (saccharifera). gula ~ gula yg dibuat drpd nira kabung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kabung
Kata Terbitan : berkabung, perkabungan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GULA KABUNG DAN GULA MELAKA UMUM 
TUAK

TUAK, sejenis minuman masyarakat peribumi di Sabah dan Sarawak. Minuman ini boleh memabukkan. Tuak diperbuat daripada nira kelapa, nira tar, nira enau (kabung), nira nipah, juga daripada air tebu dan nanas. Di negeri-negeri Asia, tuak daripada nira kelapa paling terkenal. Semua tuak tersebut dapat dijadikan cuka tetapi yang terbaik ialah cuka daripada tuak nipah.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas