KACAU GANGGU | Kacau ganggu, aktiviti oleh seseorang individu yang boleh mengganggu atau menyebabkan kerugian kepada individu lain atau masyarakat. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
KEAMANAN | Keamanan ialah keadaan yang tenang, senyap dan bebas daripada kekacauan. Dari segi politik dan ketenteraan, keamanan bermakna bebas daripada kacau-bilau seperti peperangan dan rusuhan. | UMUM | |
WAJIK | WAJIK, penganan yang dibuat daripada beras pulut, gula dan santan. Wajik juga dinamakan pulut kacau di kawasan utara Semenanjung Malaysia dan nasi manis di kawasan selatan. Wajik yang dibuat daripada gula merah biasanya lembut jaringannya dan di utara, wajik jenis ini dinamakan pulut kacau gula merah. | BUDAYA | Makanan |