Tangerin ialah nama popular bagi buah sitrus dalam kumpulan mandarin. Buah ini kelihatan seperti oren, tetapi lebih kecil dan lebih leper, lebih mudah dikopek dan ulasnya lebih mudah terpisah. Tangerin ialah buah mandarin merah jingga yang berasal dari Asia Tenggara. Kulitnya nipis dan berbau wangi. Buahnya lembut, tetapi pokoknya lebih tahan terhadap kesejukan daripada pokok oren. Jenis tangerin termasuk Clementine, Dancy, Ponkan dan jenis kacukan seperti Kinnow, Robinson, Sunburst dan Wilking. Tangerin ditanam di Brazil, China, Itali, Jepun, Sepanyol dan Amerika Syarikat. Pengelasan saintifik. Tangerin tergolong dalam famili rue, Rutaceae. Ia adalah Citrus reticulata . Lihat juga Tangelo; Tangor. |