KADI | KADI, orang yang memutuskan masalah yang berkaitan dengan undang-undang syariah. Walau bagaimanapun, jika dilihat peranannya dalam masyarakat Melayu, ternyata kadi hanya bertindak sebagai hakim di mahkamah syariah dan berperanan sebagai pendaftar perkahwinan dan perceraian bagi orang Islam. | BUDAYA | Jawatan/Gelaran |
IMAM ABDULLAH KADI ABDUS SALAAM | IMAM ABDULLAH KADI ABDUS SALAAM ( - 1807), ulama dan guru agama di Cape Town, Afrika Selatan. Dia lahir di Pulau Tidore tetapi tarikh akhirnya tidak diketahui. Dia dikenal di dalam tradisi masyarakat Islam di Cape Town sebagai ‘Tuan Guru’. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SHURAYH AL-KINDIY | Shurayh al-Kindiy (? – 78 H./? – 697 M.) ialah kadi yang terkenal. Nama penuhnya ialah Shurayh ibn al-Harith ibn Qays ibn al-Jahmiy al-Kindiy al-Kufiy. Dia berasal dari daerah Mukhdaram di Yaman. Sebahagian penulis menganggapnya daripada kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w. juga seorang penyair. Dia dianggap sebagai perawi hadith yang thiqah atau boleh dipercayai ketepatan riwayatnya. Dia meriwayatkan hadith daripada ‘Umar, ‘Ali, Ibn Mas‘ud, ‘Abd al-Rahman ibn Abi Bakar dan lain-lain lagi. Mereka yang meriwayatkan hadith daripadanya ialah Abu Wa’il Shaqiq ibn Salamah, ‘Amir al-Sha‘biy, Qays ibn Abi Hazim, Muhammad ibn Sirin, Mujahid ibn Jabir, Ibrahim al-Nakha‘iy dan lain-lain. | UMUM | |
MAKHLUF, HUSNAYN MUHAMMAD | Makhluf, Husnayn Muhammad (1307 H.– 1410 H./1890 M.–1990 M.) ialah kadi dan juga mufti Republik Arab Mesir. Dia lahir di Kaherah dan belajar di Universiti al-Azhar ketika berusia 11 tahun di samping menghafaz al-Qur’an. Dia memperoleh sijil tinggi daripada Madrasah al- Qada’ al-Shar‘iy (Institut Perundangan Syara‘) pada tahun 1914. | UMUM | |
HAJI WAN SULAIMAN WAN SIDEK | HAJI WAN SULAIMAN WAN SIDEK (1874 – 1935), ulama dan pendidik. Dia lahir pada tahun 1874 di Mukim Padang Kerbau, Kota Setar, Kedah. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu (1882-1885) di samping belajar mengaji al-Qur’an dan agama. Pada tahun 1889, dia melanjutkan pelajarannya ke Makkah untuk mendalami bidang bahasa Arab, fikah, tafsir (Ulum al-Qur’an) dan ilmu falak. Antara gurunya termasuklah Syekh Mohamad al-Bukhari dan Syekh Mohamad al-Khayar. Sekembalinya dari Makkah pada tahun 1910, dia dilantik sebagai kadi dan kemudian Kadi Besar (1916). Dia juga dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan di Mahkamah Syariah Kedah di samping mengajar al-Qur’an kepada pegawai kerajaan, guru agama dan orang ramai di Masjid Zahir, di Madrasah Limbong Kapal, Alor Setar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ABU YUSUF, YA‘QUB | Abu Yusuf, Ya‘qub (113 H.–182 H./731 M.– 798 M.), sarjana Islam yang masyhur. Nama penuhnya ialah Ya‘qub ibn Ibrahim ibn Habib ibn Khanis ibn Sa‘ad ibn Habsyah al-Ansariy. Abu Yusuf ialah kadi, sahabat dan murid kepada Imam Abu Hanifah, dan merupakan orang yang mula-mula menyebarkan mazhab Hanafi. | UMUM | |
SUBKIY, TAJ AL-DIN AL- | Subkiy, Taj al-Din al- (727–771 H. / 1327–1370 M.), ahli sejarah yang ulung, yang sangat mahir dalam ilmu fiqh dan usul fiqh al-Syafi’i. Nama penuhnya ialah ‘Abd al-Wahab ibn Ali ibn ‘Abd al- Kafiy al-Subkiy. Al-Subkiy diambil sempena nama Subuk, iaitu salah sebuah perkampungan dalam wilayah al-Manufiah di Mesir. Al-Subkiy juga adalah saudara kandung Baha al-Din. Di digelar sebagai Ketua Kadi Taj al-Din. Al-Subkiy lahir di Kaherah dan menuntut ilmu daripada alim ulama di sana. Kemudian, dia mengembara ke Damsyik bersama ayahnya. Di Damsyik, al-Subkiy menuntut ilmu daripada ulama-ulama besar antaranya ialah ayahnya sendiri Ali ibn ‘Abd al-Kafiy, al-Hafiz al-Mazziy dan al-Dhahabiy. Shamsu al-Din ibn al-Naqib telah mengizinkannya untuk mengeluarkan fatwa. Walaupun ketika itu usianya belum mencapai 18 tahun, al-Subkiy telahpun mengeluarkan fatwa. Jawatan terakhir yang disandang ialah ketua kadi di Syam. Dia telah mengarang beberapa buah kitab. Antaranya ialah Sharh Mukhtasar Ibn al-Hajib, Sharh Minhaj al-Baydawiy tentang Usul Fiqh yang dinamakan al-Ibhaj Sharh al-Manhaj, Al-Qawa‘id al- Mushtamalah ‘ala al-Ashbah wa al-Naza ‘ir Tabaqat al-Shafi‘iyyah al-Kubra wa al-Wusto wa al-Sughra-al- Tarshih fi-Ikhtiyarat Walidihi Jam‘u al-Jawami` Fi Usul al-Fiqh dan syarahnya dinamakan Man‘a al-Mawani’. Al-Subkiy meninggal dunia di Damsyik. | UMUM | |
NASA'IY, ABU 'ABD AL-RAHMAN AL- | Nasa’iy, Abu ‘Abd al-Rahman al- (215–303 H/ 830–915 M), salah seorang imam hadith yang menonjol dan penghafaz hadith yang diyakini riwayatnya serta sarjana terkenal. Nama sebenarnya ialah Abu ‘Abd al-Rahman Ahmad ibn Shu‘ayb ibn ‘Ali al-Khurasaniy al-Nasa’iy al-Kabir, seorang kadi, imam dan Shaykh al-Islam. Dia menjelajah beberapa buah negeri dalam usaha mencari ilmu daripada ulama-ulama seperti di Khurasan, Iraq, Hijaz, Mesir, Sham, al-Jazirah dan lain-lain. Dia berpindah ke Qutaybah ketika berumur 15 tahun. Al-Hakim berkata: “Al-Nasa’iy ialah ulama yang mempunyai ilmu yang mendalam di Mesir pada zamannya, dan merupakan yang paling arif di kalangan ulama mengenai hadith-hadith yang sahih dan hadith-hadith yang ditolak berserta dengan perawinya”. Al-Nasa’iy banyak mengarang kitab, antaranya ialah al-Sunan al-Kubra dalam bidang hadith; al-Mujtaba, iaitu al-Sunan al-Sughra; Khasa’is ‘Ali; Musnad ‘Ali dan al-Du‘afa’ wa al- Matrukun bi Musnad Malik . | UMUM | |
RAJA HAJI ABDULLAH RAJA HASSAN | RAJA HAJI ABDULLAH RAJA HASSAN ( ? - 1926), hakim, kadi dan penulis. Dia berketurunan bangsawan dari Kepulauan Riau-Lingga, Indonesia. Raja Haji Abdullah ialah anak Raja Hassan (m. 1882), cucu kepada Raja Ali Haji, serta sepupu Raja Khalid Hitam (m. 1914). Di Pulau Penyengat, Raja Haji Abdullah lebih dikenal sebagai Engku Haji Lah. Dia menggunakan nama pena Abu Muhammad Adnan Haji Abdullah al-Naqsyahamdi al-Khalidi dalam kebanyakan karyanya. | SASTERA | Tokoh |
ABU YUSUF | Abu Yusuf (113 H-182 H/731 M-798 M), kadi besar pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid. Nama sebenarnya ialah Ya‘qub bin Ibrahim bin Habib bin Khanis bin Sa‘ad bin Habsyah al-Ansari al-Kufi. | AGAMA | Tokoh |