CI | Sejenis sastera yang mempunyai kaitan rapat dengan muzik dan dihasilkan berdasarkan tiun dan rentak sesuatu skor muzik. | SASTERA | Konsep |
ANALISIS INPUT-OUTPUT | Analisis input-output ialah kaedah mengkaji kaitan yang kompleks antara pelbagai bahagian sesebuah ekonomi. Kaedah ini mempunyai pelbagai kegunaan dalam kerajaan dan juga perniagaan. Ia dicipta pada tahun 1920-an oleh ahli ekonomi Amerika, Wassily Leontief. | UMUM | |
ALIGATOR | Aligator ialah nama dua jenis reptilia yang ada kaitan dengan buaya. Aligator Amerika hidup di air dan tanah rendah di tenggara Amerika Syarikat. Aligator China hidup di hilir Lembah Sungai Yangtze, di China. Reptilia lain yang berkait rapat dengan aligator ialah cayman di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Cayman sering juga dikenali sebagai aligator. | UMUM | |
AKASIA | Akasia ialah nama sekumpulan besar tumbuh- tumbuhan yang ada kaitan dengan kekacang dan pis. Kadang-kadang ia juga dikenali sebagai mimosa. | UMUM | |
AYAM BELANDA | Ayam belanda ialah nama dua spesies burung Amerika Syarikat yang ada kaitan dengan ayam, merak, dan kuang bayas. Orang Asli Amerika menternak ayam belanda sebagai sumber makanan sejak tahun 1000 M. | UMUM | |
MENGAWAL BERAT BADAN | Mengawal berat badan ialah proses mengawal amaun lemak badan. Ia berdasarkan kaitan antara amaun makanan yang dimakan oleh seseorang dengan amaun senaman yang dilakukannya. Semakin kurang seseorang makan dan semakin banyak senaman dilakukan, semakin kurang lemak dalam badan. Mengawal berat badan mempunyai kepentingan perubatan kerana menjadi obes (terlalu gemuk) boleh membawa kepada masalah kesihatan yang teruk. Masalah emosi dan sosial yang serius juga boleh berlaku akibat keobesan. | UMUM | |
BURUNG MINYAK | Burung minyak ialah burung yang hidup di dalam gua, ditemui di utara Amerika Selatan. Burung ini ada kaitan dengan burung frogmouth dan burung tukang, tetapi lebih mirip kepada burung hantu. | UMUM | |
SINTAKSIS | Sintaksis ialah pemerian tentang cara kata disusun untuk membentuk ayat. Sintaksis memerikan tertib subjek dan kata kerja, kedudukan kata bantu dan objek, dan kaitan penerang dengan kata yang diterangkannya. Lihat Ayat. Tertib kata tidak sama dalam semua bahasa. Dalam bahasa Inggeris kita katakan “I gave Jim the ball”. Dalam bahasa lain, tertibnya mungkin “I the ball Jim gave”. Apabila kita menyusun kata dalam tertib yang betul, kita boleh menyatakan makna yang kita maksudkan. Ayat “I was shown a book in black leather by the clerk” mempunyai makna yang berbeza daripada ayat “I was shown a book by the clerk in black leather”, maknanya telah berubah kerana sintaksisnya berubah. | UMUM | |
BATU BERSURAT TERENGGANU | BATU BERSURAT TERENGGANU, prasasti yang mempunyai kaitan dengan tarikh kedatangan Islam ke Semenanjung Tanah Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ACHEBE, CHINUA | Achebe, Chinua (1930– ), orang Nigeria, yang menjadi salah seorang penulis Afrika yang paling terkemuka. Tulisannya meneliti apa yang dianggap sebagai akibat-akibat tragik imperialisme British terhadap masyarakat Afrika. Dia menganalisis kaitan antara gaya kesusasteraan Inggeris dengan Afrika. Karyanya mempengaruhi kritikan sastera | UMUM | |