Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.jang] | کاجڠ

Definisi : 1. benda yg dianyam drpd daun nipah (buluh, mengkuang, dll) digunakan utk atap atau pelindung drpd panas dll: dinding rumah mereka ialah drpd ~; 2. helai yg besar (bkn kertas); kertas ~ kertas yg besar helainya (biasanya berlipat dua); lipat ~ dilipat rangkap, dilipat dua, dsb; hutang samir belum langsai, hutang ~ tumbuh pula = samir tak habis, ~ pula prb hutang lama belum habis dibayar, sudah ber­hutang lagi; mengajangi memberi beratap dgn kajang, menutupi dgn kajang; usang dibarui, lapuk dikajangi prb a) mana-mana yg tidak baik diganti atau dibaiki; b) adat atau peraturan yg sudah dilupakan dihidupkan kembali; terkajang diberi beratap (berbumbung) dgn kajang; pekajangan buritan atau bahagian belakang perahu yg beratap dgn kajang: maka Sultan Husain segera keluar dr dlm ~ berdiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.jang] | کاجڠ

Definisi : barang yg dianyam drpd daun nipah dll utk dijadikan atap (utk perahu dll). kertas ~ kertas yg besar helainya (sama ada berkembar dua atau sehelai-sehelai). lipat ~ berlipat dua. mengajangi menutup atau melindungi sesuatu dgn kajang. terkajang diberi beratap atau berbumbung dgn kajang. pekajangan bahagian belakang perahu yg beratapkan kajang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kajang

Puisi
 

Kajang tuan kajang berlipat,
     Kajang saya mengkuang layu;
Bujang tuan bujang bertempat,
     Bujang saya terbuang lalu.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Utang (hutang) samir belum selesai,
     hutang kajang tumbuh pula.

Bermaksud :

Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Samir tak habis, kajang pula, b. Utang [hutang] biduk belum langsai, utang [hutang] pengayuh datang pula, c. Utang [hutang] tembilang belum langsai, utang [hutang] tajak tiba pula).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AHMAD BAKHTIAR

AHMAD BAKHTIAR (1902-1961), penulis. Dia lahir pada 2 Januari 1902 di Kajang, Selangor. Nama sebenarnya ialah Ahmad bin Abdullah. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Semenyih dan kemudiannya memasuki Sekolah Melayu Kajang. Setelah menamatkan persekolahannya di Kajang, dia berkhidmat di Pejabat Daerah Kajang.

SASTERAKonsep
ABDUL AZIZ ABDUL MAJID, TUNABDUL AZIZ ABDUL MAJID, Tun (1908-1975), Yang Dipertua Negeri Melaka yang ketiga (1971-1975). Dia lahir pada 10 Mac 1908 di Kajang, Selangor. SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
LEFTENAN ADNAN

LEFTENAN ADNAN (1915 – 1942),  perajurit tanah air. Dia lahir di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Ibu bapanya berasal dari Bukittinggi, Sumatera Barat (Minangkabau), Indonesia dan telah menetap di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Dia memperoleh pendidikan formalnya di Sekolah Melayu Kampung Sungai Ramal hingga lulus Darjah Lima. Bagi menambahkan ilmu pengetahuannya dia memasuki Sekolah Agama di Jenderam selama dua tahun.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KALA DEWATA

KALA DEWATA (1925-    ), penulis skrip drama. Dia lahir pada 1 Julai 1925 di Kajang. Nama sebenarnya ialah Mustapha Kamil bin Yassin. Dia juga pernah menggunakan nama samaran MKY dan M.K. Yassin.

SASTERATokoh
TEMENGGUNG JUGAH ANAK BARIENG, TUN

TEMENGGUNG JUGAH ANAK BARIENG, Tun (1900-1981), ahli politik. Dia lahir di Nanga Gaat, Kapit, Sarawak. Penglibatan awalnya dalam politik bermula pada 1 Mei 1924, apabila dia dilantik sebagai penghulu. Dia telah mendamaikan permusuhan yang telah lama berlaku antara kaum Iban dengan suku kaum Kayan, Kenyah dan Kajang. Semasa pendudukan Jepun (1941-1945), dia bersama-sama pengikutnya telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menentang tentera Jepun.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
RAJA UDA RAJA MUHAMED, TUN

RAJA UDA RAJA MUHAMED, Tun (1894-1976), Gabenor Pulau Pinang yang pertama (1957-1967). Raja Uda, yang berketurunan Daeng Celak, dilahirkan di  Tembok, Kuala Langat, Selangor. Setelah tamat pendidikannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Raja Uda berkhidmat di pejabat gabenor di Singapura. Pada tahun 1919, Raja Uda telah dipindahkan ke Kajang sebagai penolong pegawai daerah. Kemudian dia dipindahkan ke beberapa daerah lain dalam perkhidmatan yang sama, antaranya di Kuantan, Kuala Selangor, Kuala Pilah dan Jugra.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas