Tambak Raksasa merupakan pembentukan palam batu luar biasa di sepanjang pantai utara Ireland Utara. Tambak ini mendapat namanya daripada legenda lama bahawa tambak tersebut dibina oleh Finn MacCool, juga dikenali sebagai Fingal, untuk menghubungkan terusan dari Ireland ke Scotland supaya raksasa boleh melaluinya. Finn MacCool, ketua sepasukan pahlawan Ireland, menjadi watak dalam banyak cerita Ireland purba. Tambak ini terdiri daripada kira-kira 40 000 palam basalt yang terjadi dengan jarak yang amat dekat antara satu sama lain. Sesetengah palam tingginya sehingga enam meter. Garisan pusat palam itu antara 35 sentimeter hingga 50 sentimeter. Ahli kaji bumi mempercayai bahawa tambak ini terjadi hasil daripada pengecutan aliran lahar. Lihat juga Basalt. |