Aitken, John (1839–1919), ahli kaji cuaca Scotland
yang mendapati bahawa wap air di atmosfera tidak
akan memeluwap untuk membentuk awan kecuali
jika terdapat debu.
Doldrum ialah satu kawasan lingkaran yang
tenang, berangin lembut ataupun berbadai di
sekitar khatulistiwa dan biasanya permukaan
lautan. Pakar kaji cuaca menamakannya sebagai
zon pertembungan antara tropika.
Pertubuhan Meteorologi Sedunia ( World
Meteorological Organization [WMO]) ialah agensi
khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia menaja
program seperti Pengawasan Cuaca Sedunia bagi
pertukaran cepat tentang pemerhatian untuk
meramal cuaca. Program ini terdiri daripada
beberapa rangkaian stesen kaji cuaca di serata dunia,
satelit dan komputer, dan sistem komunikasi seluruh
dunia.
Abercromby, Ralph (1842–1897) ialah ahli kaji
cuaca British. Bersama-sama seorang ahli sains Sweden,
dia mewujudkan pengelasan awan yang diterima
pakai oleh persidangan antarabangsa mengenai
struktur awan pada tahun 1896. Abercromby juga
mengelaskan cuaca kepada empat jenis – arah
Selatan, arah Barat, arah Utara dan arah Timur. Setiap
pengelasan ini berkaitan dengan ciri-ciri cuaca di
Kepulauan Britain (British).
Almanak ialah sebuah buku atau risalah, lazimnya
terbit setahun sekali. Buku atau risalah ini
mengandungi pelbagai jenis maklumat. Sebuah
almanak biasanya mempunyai takwim, tarikh dan
peristiwa ulung, pergerakan bintang-bintang, dan
fakta mengenai kerajaan, sejarah, geografi, dan kaji
cuaca. Ia mungkin memaparkan juga perangkaan
mengenai populasi, industri dan pengeluaran
ladang.
Thanks for clicking. That felt good.