Mushet, Robert Forester (1811–1891) ialah ahli kaji logam Inggeris. Pada tahun 1870, dia mempatenkan logam tungsten dan besi keluli yang mempunyai kualiti keras diri. Logam ini amat sesuai untuk dibuat alat mesin kerana ia mengekalkan tepi bucu pemotongan, walaupun berwarna merah kerana geseran. Mushet membantu memperbaik proses Bessemer untuk membuat besi keluli. Dia menemui bahawa logam aloi yang dikenal sebagai spiegeleisen boleh dicampurkan dengan keluli untuk membantu proses pengkarbonan semula besi keluli tersebut. Penemuan ini merintis jalan kepada pembaikan kekuatan besi keluli [lihat Besi dan keluli (Sejarah)]. Mushet lahir di Coleford, Gloucestershire. |