MELEMPAR TUKUL BESI | Melempar tukul besi ialah acara sukan di mana atlet melempar tukul (bola logam) sejauh yang terdaya. Tukul yang digunakan seberat 16 paun (7.257 kilogram). Pelempar memegang pemegang yang disambung pada tukul dengan dawai keluli sepanjang tidak lebih daripada empat kaki (1.2 meter). Atlet melempar tukul dari dalam satu bulatan bergaris pusat tujuh kaki (2.1 meter). | UMUM | |
ARTROPOD | Artropod ialah sebarang haiwan yang tergolong dalam bahagian besar atau <i> filum i> alam haiwan yang dikenali sebagai <i> artropod i> . Istilah ini dibentuk daripada dua perkataan Yunani, dan bermakna <i> tapak kaki bersendi i> . Sebenarnya, kaki dan bukan tapak kaki, yang bersendi. Kesemua artropoda, atau artropod, mempunyai kaki bersendi. Antara kumpulan artropod yang terpenting adalah: (1) serangga, termasuk lipas, kumbang, lebah, rama-rama, dan banyak yang lain; (2) krustasea, termasuk haiwan yang terkenal seperti ketam, udang karang, udang, dan teritip; (3) araknid, termasuk kutu, tuma, labah-labah, kala jengking; (4) kilopod, atau halipan; dan (5) diplopod atau gonggok. Filum artropod terdiri daripada lebih tiga suku daripada kesemua jenis haiwan yang berbeza jenis. Serangga membentuk kelas artropod yang terbesar dari segi bilangan spesiesnya. | UMUM | |
RHEA | Rhea ialah burung besar di Amerika Selatan yang tidak boleh terbang. Ia kelihatan seperti burung unta yang kecil, dan sering dikenali sebagai <i> burung unta Amerika Selatan i> . Tetapi, burung ini mempunyai tiga jari kaki pada setiap kaki, manakala burung unta mempunyai dua jari kaki. Rhea juga mempunyai sayap yang lebih besar dan lebih banyak bulu di leher dan di kepalanya daripada burung unta (lihat Burung unta ). Rhea biasa tingginya kira-kira 1.5 meter dan beratnya lebih kurang 25 kilogram. | UMUM | |
NAPLES | Naples (pend. 1 067 365) merupakan bandar ketiga terbesar di Itali selepas Rom dan Milan. Bandar ini terletak di kaki banjaran bukit pantai barat di selatan Itali. Untuk lokasi Naples, lihat Itali (peta politik). | UMUM | |
ALMATY | Almaty (pend. 1 147 000) dieja juga <I>Alma-Ata I>, ialah ibu negara Kazakhstan. Bandar ini terletak di tenggara Kazakhstan, dalam sebuah lembah bersaliran di kaki banjaran gunung Tian Shan (lihat Kazakhstan [peta]). | UMUM | |
TAHR | Tahr ialah nama bagi tiga spesies antelop bak kambing. Ia mempunyai tanduk yang melengkung ke belakang dan kaki bertelapak. Ia juga mempunyai bulu yang sangat tebal, berjumbai-jumbai. Tahr memakan rumput dan tumbuh-tumbuhan lain. Tahr Himalaya adalah spesies yang terbesar. Panjangnya kira-kira 1.7 meter, dan beratnya lebih daripada 100 kilogram. Tahr Nilgiri di selatan India mempunyai bulu berwarna gelap. Tahr jantan mempunyai tompok pelana berwarna perak di belakangnya. Tahr Arabia di Oman adalah spesies yang terkecil. Ia berbulu perang. Pengelasan saintifik . Tahr tergolong dalam famili Bovidae. Ia membentuk genus <i> Hemitragus jemlahicus i> , tahr Nilgiri ialah <i> H. hylocrius, i> dan tahr Arabia ialah <i> H. jayakar. i> | UMUM | |
SERIGALA BERBULU | Serigala berbulu ialah nama sejenis haiwan besar yang menyerupai serigala yang terdapat di Amerika Selatan. Haiwan ini mempunyai bulu berwarna merah kekuningan dan berwarna gelap di bahagian leher, bahu, kaki dan hidungnya. Serigala ini membesar sehingga 1.5 meter panjang, dan berkaki panjang yang membolehkan haiwan ini melihat atas rumput yang tinggi. Ketinggiannya kira-kira 75 sentimeter pada paras bahu. | UMUM | |
OKAPI | Okapi ialah haiwan nadir yang hidup di hutan tebal di sekitar lembangan Sungai Congo di Afrika. Ia ditemui di sana oleh penjelajah Eropah pada tahun 1900. Okapi tingginya kira-kira 1.5 meter pada paras bahu. Ia berkaitan dengan zirafah, tetapi lehernya jauh lebih pendek. Badan okapi berwarna perang berangan tua, mukanya putih, pinggul dan kaki atasnya berbelang-belang putih. Okapi jantan mempunyai sepasang tanduk yang pendek dan berbulu. | UMUM | |
CERITA ASAL USUL | CERITA ASAL USUL, sastera lisan Melayu. Cerita asal usul ini menerangkan bagaimana sesuatu benda dan perkara itu berlaku atau terjadi. Ini termasuklah asal mula kejadian sesuatu makhluk, seperti kejadian manusia dan haiwan, tumbuh-tumbuhan, cakerawala; dan bagaimana sesuatu fenomena atau bencana alam, seperti hujan, guruh, petir dan gempa bumi itu berlaku. Bahan cerita asal usul ini terdiri daripada benda dan perkara yang berkait rapat dengan manusia dan persekitarannya. Sebuah bukit yang tunggal, atau sekelompok batu yang berbentuk seakan-akan rupa manusia, atau sebuah tasik seperti tapak kaki di persekitaran alam Melayu, melahirkan cerita yang menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku. Batu berbentuk manusia dikatakan berasal dari anak yang derhaka kepada ibunya dan tasik berbentuk tapak kaki berasal daripada bekas tapak kaki gergasi. 1"> | SASTERA | Konsep |
KELDAI | Keldai ialah nama yang diberi kepada keldai baka jinak. Keldai liar di utara dan timur laut Afrika adalah leluhur kepada keldai. Keldai liar kelihatan seperti kuda belang tetapi tidak berbelang, kecuali kadangkala pada kakinya. Keldai tingginya lebih kurang 1.2 meter pada paras bahu. Bulunya berwarna kelabu dengan garis lebih gelap di sepanjang belakangnya. Ciri-ciri lain haiwan ini adalah telinga yang panjang, tapak kaki yang kecil, dan bulu yang panjang di hujung ekornya. Pembiak baka terpilih menghasilkan keldai yang berbeza-beza saiz, warna dan bulunya. | UMUM | |