SUNGAI SAÔNE | Sungai Saône ialah laluan air di timur Perancis. Ia bermula berhampiran kaki bukit di Gunung Vosges dan mengalir sejauh 431 kilometer. Sungai Saône, cawangan Sungai Rhône yang terpenting bertemu di Lyon. Kapal ringan boleh belayar melaluinya sejauh 373 kilometer. Bandar perindustrian Chalon-sur-Saône terletak di tebingnya. Terdapat terowong yang menghubungkan Sungai Saône ke Moselle, Marne, Yonne dan Sungai Loire. Untuk lokasi, lihat Perancis (peta muka bumi). | UMUM | |
DUSHANBE | Dushanbe (pend. 359 000) ialah ibu negara dan bandar terbesar di Tajikistan. Bandar ini terletak di lembah ladang kapas di kaki bukit Gissar dalam pergunungan Tian Shan (lihat Tajikistan [peta]). | UMUM | |
KATHMANDU | Kathmandu (pend. 235 160) juga dieja Katmandu ialah ibu negara dan bandar terbesar di Nepal. Ia terletak di sebuah lembah di tengah Nepal, iaitu di kaki bukit Banjaran Himalaya. | UMUM | |
SAGUARO | Saguaro ialah kaktus yang terbesar di Amerika Utara. Tumbuhan yang besar ini, sering dikenali sebagai kaktus raksasa, mungkin setinggi 18 meter dan beratnya sembilan tan metrik. Saguaro tumbuh hanya di kaki bukit dan gurun di selatan Arizona, tenggara California, dan barat laut Mexico. Ia adalah bunga bagi negeri Arizona. | UMUM | |
KINGSTOWN | Kingstown (pend. 18 830) ialah ibu negara dan bandar terbesar di St. Vincent dan Grenadines, iaitu sebuah negara pulau di Laut Caribbean. Ia terletak di kaki bukit di pantai barat daya Pulau St. Vincent. | UMUM | |
PERGUNUNGAN SAINT ELIAS | Pergunungan Saint Elias ialah satu siri tanah yang berceranggah di pergunungan berpantai tertinggi di dunia. Pergunungan ini memanjang di sempadan Alaska, tenggara Amerika Syarikat, dan Wilayah Yukon, Kanada. Banjaran ini hampir 480 kilometer panjang. Lebar maksimumnya 160 kilometer, tidak termasuk dataran pantai dan jaluran kaki bukit. | UMUM | |
SEGENTING TEHUANTEPEC | Segenting Tehuantepec membentuk bahagian yang paling sempit di Mexico. Ia terletak di antara Teluk Campeche dengan Teluk Tehuantepec, dan merangkumi bahagianbahagian negeri Veracruz dan Oaxaca. Untuk lokasi, lihat Mexico (peta rupa bumi). Segenting ini mempunyai simpanan petroleum dan sulfur yang banyak. Ia berukuran 210 kilometer lebar pada bahagian yang paling sempit. Kebanyakan tanahnya ialah tanah rendah tropika. Kaki bukit pergunungan Sierra Madre terletak di selatan. | UMUM | |
MOHAMED LATIFF MOHAMED | MOHAMED LATIFF MOHAMED (1950- ), penulis Singapura. Dia lahir pada 20 Mac 1950 di Lorong 23, Geylang, Singapura. Mohamed Latiff menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Guillemard Road, Singapura. Dia kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Tun Seri Lanang dan Sekolah Menengah Kaki Bukit, hingga tamat Sijil Am Pelajaran pada tahun 1967. Pada tahun 1968, dia melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Singapura hingga tamat pada tahun 1971. Dia kemudian mengajar di sekolah rendah dan menengah hingga tahun 1982. Pada tahun 1983, dia bertugas sebagai penulis khas buku teks bahasa Melayu sekolah menengah di Institut Pengembangan Kurikulum Singapura. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SUNGAI MUSI | SUNGAI MUSI, sungai terbesar dan utama di Sumatera Selatan, Indonesia. Panjang sungai ini adalah lebih kurang 520 km dengan kawasan lembangan seluas 61 250 km persegi. Sungai ini berpunca dari Banjaran Bukit Barisan di barat berhampiran gunung berapi Kaba di Bengkulu. Laluannya di tenggara dan ke timur laut, merentangi banjaran gunung di daerah hulu Palembang sehingga ke kaki bukit di Tebing Tinggi. Sungai ini mengalir keluar ke Selat Bangka melalui empat pelabuhan iaitu Sali, Ogan, Sungsang (Soensang) dan Pontian. Pada musim hujan, kapal-kapal boleh memudiki sungai ini sehingga ke pertembungan Sungai Lematang, iaitu cawangannya di hilir. Jarak Sungai Lematang ke laut ialah sejauh 270 m. Sungai Musi bersama-sama dengan Sungai Ogan dan Sungai Komering bertembung di Palembang dan kawasan Pladju oleh beberapa cawangan sungai yang kecil. Sungai Musi yang dalam membolehkan kapal-kapal besar melaluinya tetapi di Sungsang, airnya lebih cetek. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
NAPLES | Naples (pend. 1 067 365) merupakan bandar ketiga terbesar di Itali selepas Rom dan Milan. Bandar ini terletak di kaki banjaran bukit pantai barat di selatan Itali. Untuk lokasi Naples, lihat Itali (peta politik). | UMUM | |