SEORANG TUA DI KAKI GUNUNG | SEORANG TUA DI KAKI GUNUNG, novel karya Azizi Haji Abdullah. Novel ini telah diterbitkan pada tahun 1982 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel yang memenangi hadiah Kedua hadiah Novel GAPENA-Yayasan Sabah II pada tahun 1981 ini, pernah dijadikan teks mata pelajaran kesusasteraan Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). | SASTERA | Karya |
PIEDMONT | Piedmont ialah wilayah Itali di kawasan lembah hulu Sungai Po. Untuk lokasi, lihat Itali (peta politik). Nama Piedmont bermaksud kaki gunung iaitu merujuk kepada kedudukan kawasan yang terletak di kaki Banjaran Alp. | UMUM | |
BAHADA | Bahada, kawasan bercerun landai yang terjadi akibat pertemuan beberapa kipas aluvium di kaki gunung terutama di gurun panas. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
LANGKASUKA | LANGKASUKA, kerajaan Melayu yang tertua pernah wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Mengikut catatan China, Liang-shu, Langkasuka wujud sekitar abad ke-2 M. Hikayat Merong Mahawangsa mencatatkan bahawa kerajaan ini terletak di bahagian barat negeri Kedah, iaitu di sekolah kaki Gunung Jerai. Daripada catatan China dan Arab, juga gali selidik yang dijalankan, di dapati kedudukan Langkasuka lebih kurang 4 km dari pekan Yarang di tebing kanan Sungai Patani di selatan negara Thai. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
HAJI MISKIN | HAJI MISKIN ( ? - ? ), ulama dan pelopor gerakan Wahhabbi atau kaum muda di Minangkabau pada awal abad ke-19. Tarikh lahir dan meninggalnya tidak diketahui. Haji Miskin belajar agama sehigga empat tahun daripada Tuanku Nan Tua di Batutebal Agam dan kemudian meneruskan pengajian di Makkah. Sekembalinya dari Makkah pada tahun 1803, dia menetap di kampungnya, Pandai Sikek, kawasan penanaman kopi di kaki gunung Singgalang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
APENNINES | Apennines adalah nama banjaran gunung yang menganjur dari Teluk Genoa ke bahagian jari kaki negara Itali yang kelihatan seperti bentuk kasut. Banjaran ini mempunyai tiga bahagian, iaitu Apennines utara, Apennines tengah, dan Apennines selatan. Kawasan ini meliputi dua per tiga daripada semenanjung Itali. Gunung tua ini adalah antara bahagian paling rendah di Eropah. Gunung ini telah haus dek angin dan hujan selama berjuta-juta tahun. Kemuncak paling tinggi ialah Monte Corno (2914 meter) dan Gunung Amaro (2795 meter). Kemuncak paling terkenal ialah gunung berapi Vesuvius di Teluk Nepal. Gunung ini semata-mata terdiri daripada batu kapur dan marmar. Kuari yang terdapat berhampiran dengan Carrara terkenal kerana marmarnya yang berwarna putih bersih. Lihat juga Vesuvius. | UMUM | |
SUNGAI SAÔNE | Sungai Saône ialah laluan air di timur Perancis. Ia bermula berhampiran kaki bukit di Gunung Vosges dan mengalir sejauh 431 kilometer. Sungai Saône, cawangan Sungai Rhône yang terpenting bertemu di Lyon. Kapal ringan boleh belayar melaluinya sejauh 373 kilometer. Bandar perindustrian Chalon-sur-Saône terletak di tebingnya. Terdapat terowong yang menghubungkan Sungai Saône ke Moselle, Marne, Yonne dan Sungai Loire. Untuk lokasi, lihat Perancis (peta muka bumi). | UMUM | |
ABOMINABLE SNOWMAN | Abominable Snowman dikenali juga sebagai Yeti , ialah sejenis makhluk yang dikatakan pernah menghuni di Gunung Everest dan beberapa gunung lain di Banjaran Himalaya di Asia. Makhluk seperti ini juga dilaporkan ada ditemui di kawasan terpencil di China, Siberia, dan tempat lain di Asia. Mengikut legenda, Abominable Snowman, ialah seekor haiwan berbulu tebal, bertubuh seperti monyet besar, dan menyerupai manusia. Ia mempunyai lengan yang panjang hingga ke lutut, dan berjalan tegak dengan kaki yang besar. Legenda juga menceritakan bahawa Abominable Snowman kadang-kadang turun dari gunung dan menyerang penduduk kampung. Nama Abominable Snowman mungkin berasal dari terjemahan metoh kangmi, iaitu nama bagi makhluk ini dalam bahasa Tibet. Nama Yeti pula berasal daripada bahasa kaum Sherpa dari Nepal. Mungkin nama yang diberikan ini dikaitkan dengan haiwan memamah segala-galanya dan mungkin juga merujuk kepada raksasa gunung dan bukannya makhluk sebenar. | UMUM | |
SANTUBONG | Santubong ialah sebuah perkampungan nelayan yang memiliki pantai yang indah. Ia juga terkenal dengan Gunung Santubong setinggi 2700 kaki dari paras laut, yang menjadi salah satu tarikan pelancong ke negeri Sarawak. Ia juga merupakan kawasan beberapa penemuan arkeologi. Ukiranukiran batu daripada pengaruh Hindu-Buddha telah ditemui di lembangan sungai Santubong. Majoriti penduduknya ialah orang Melayu. | UMUM | |
ALMATY | Almaty (pend. 1 147 000) dieja juga Alma-Ata , ialah ibu negara Kazakhstan. Bandar ini terletak di tenggara Kazakhstan, dalam sebuah lembah bersaliran di kaki banjaran gunung Tian Shan (lihat Kazakhstan [peta]). | UMUM | |