PISTOL | Pistol ialah senjata api yang dikendalikan dengan sebelah tangan. Jenis senapang yang lain seperti raifal dan mesingan, memerlukan penggunaan kedua-dua belah tangan, tripod (kaki tiga) atau penopang tembakan. | UMUM | |
TENUK | Tenuk berkaitan rapat dengan kuda dan badak sumbu, walaupun ia kelihatan seperti babi. Tenuk mempunyai badan yang pendek, berat dan leher yang tebal. Hidungnya terjulur membentuk belalai yang pendek, boleh digerakkan. Kaki depannya mempunyai empat jari kaki, manakala kaki belakangnya mempunyai tiga jari kaki. Ekornya pendek. Tenuk adalah haiwan yang sentiasa berwaspada. Ia hidup di tengah hutan dan berhampiran dengan air kerana ia suka berenang. Tenuk memakan ranting, daun pokok, dan pokok renek, buah, dan sayur-sayuran. | UMUM | |
RHEA | Rhea ialah burung besar di Amerika Selatan yang tidak boleh terbang. Ia kelihatan seperti burung unta yang kecil, dan sering dikenali sebagai burung unta Amerika Selatan . Tetapi, burung ini mempunyai tiga jari kaki pada setiap kaki, manakala burung unta mempunyai dua jari kaki. Rhea juga mempunyai sayap yang lebih besar dan lebih banyak bulu di leher dan di kepalanya daripada burung unta (lihat Burung unta ). Rhea biasa tingginya kira-kira 1.5 meter dan beratnya lebih kurang 25 kilogram. | UMUM | |
SANDERLING | Sanderling ialah burung yang tergolong dalam famili yang sama dengan berkek dan kedidi. Ia berbeza daripada burung-burung ini kerana ia hanya mempunyai tiga jari kaki. Sanderling membiak di pantai Artik dan tundra dan mengembara ke selatan pada musim sejuk. | UMUM | |
ARTROPOD | Artropod ialah sebarang haiwan yang tergolong dalam bahagian besar atau filum alam haiwan yang dikenali sebagai artropod . Istilah ini dibentuk daripada dua perkataan Yunani, dan bermakna tapak kaki bersendi . Sebenarnya, kaki dan bukan tapak kaki, yang bersendi. Kesemua artropoda, atau artropod, mempunyai kaki bersendi. Antara kumpulan artropod yang terpenting adalah: (1) serangga, termasuk lipas, kumbang, lebah, rama-rama, dan banyak yang lain; (2) krustasea, termasuk haiwan yang terkenal seperti ketam, udang karang, udang, dan teritip; (3) araknid, termasuk kutu, tuma, labah-labah, kala jengking; (4) kilopod, atau halipan; dan (5) diplopod atau gonggok. Filum artropod terdiri daripada lebih tiga suku daripada kesemua jenis haiwan yang berbeza jenis. Serangga membentuk kelas artropod yang terbesar dari segi bilangan spesiesnya. | UMUM | |
RAPANG | Rapang ialah nama sekumpulan burung pesisir yang kecil, montok. Burung rapang berbadan pendek dan berparuh pendek. Ia mengambil makanannya di permukaan tanah dan bukan mencungkilnya. Kebanyakan burung ini hanya mempunyai tiga jari kaki. Ia berleher pendek dan tebal. Sayapnya runcing dan menjangkaui hujung ekornya. | UMUM | |
TAHR | Tahr ialah nama bagi tiga spesies antelop bak kambing. Ia mempunyai tanduk yang melengkung ke belakang dan kaki bertelapak. Ia juga mempunyai bulu yang sangat tebal, berjumbai-jumbai. Tahr memakan rumput dan tumbuh-tumbuhan lain. Tahr Himalaya adalah spesies yang terbesar. Panjangnya kira-kira 1.7 meter, dan beratnya lebih daripada 100 kilogram. Tahr Nilgiri di selatan India mempunyai bulu berwarna gelap. Tahr jantan mempunyai tompok pelana berwarna perak di belakangnya. Tahr Arabia di Oman adalah spesies yang terkecil. Ia berbulu perang. Pengelasan saintifik . Tahr tergolong dalam famili Bovidae. Ia membentuk genus Hemitragus jemlahicus , tahr Nilgiri ialah H. hylocrius, dan tahr Arabia ialah H. jayakar. | UMUM | |
APENNINES | Apennines adalah nama banjaran gunung yang menganjur dari Teluk Genoa ke bahagian jari kaki negara Itali yang kelihatan seperti bentuk kasut. Banjaran ini mempunyai tiga bahagian, iaitu Apennines utara, Apennines tengah, dan Apennines selatan. Kawasan ini meliputi dua per tiga daripada semenanjung Itali. Gunung tua ini adalah antara bahagian paling rendah di Eropah. Gunung ini telah haus dek angin dan hujan selama berjuta-juta tahun. Kemuncak paling tinggi ialah Monte Corno (2914 meter) dan Gunung Amaro (2795 meter). Kemuncak paling terkenal ialah gunung berapi Vesuvius di Teluk Nepal. Gunung ini semata-mata terdiri daripada batu kapur dan marmar. Kuari yang terdapat berhampiran dengan Carrara terkenal kerana marmarnya yang berwarna putih bersih. Lihat juga Vesuvius. | UMUM | |
STILT | Stilt ialah burung randuk berkaki panjang, kurus. Kaki yang kurus ini menjadikan burung ini kelihatan seperti berjalan di atas jangkungan (stilt dalam bahasa Inggeris). Stilt berkaitan dengan avocet, dan ia tinggal di Hemisfera Timur dan Barat. Kakinya biasanya berwarna samar terang. Paruhnya yang nipis, runcing berwarna hitam. Stilt lebih kurang 40 sentimeter panjangnya. Stilt bersayap hitam luas taburannya di Hemisfera Utara dan Selatan. Stilt berjalur di Australia mempunyai kaki berwarna kuning. Stilt membina sarang dengan melapik tempat yang rendah di atas tanah dengan rumput. Stilt betina bertelur tiga atau empat biji telur berwarna zaitun atau krim dan berbintik-bintik coklat. Stilt hidup di kawasan yang panas, di sepanjang kolam yang cetek di paya air tawar dan air masin. Lihat juga Avoset. | UMUM | |
TASIK LUGANO | Tasik Lugano, terletak di kaki bahagian selatan Pergunungan Alps di antara Tasik Maggiore dengan Tasik Como. Untuk lokasi, lihat Switzerland (peta). Sungai Tresa menghubungkan Tasik Lugano dan Tasik Maggiore. Tasik Lugano menganjur dari bahagian utara Itali hingga ke bahagian selatan Switzerland. Panjangnya 32 kilometer dan lebarnya tiga kilometer. Orang Itali menamakan tasik ini Lago di Lugano atau Lago Ceresio. | UMUM | |