SYAHADAH | lafaz kalimah umat islam-pengakuan tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad pesuruh Allah | AGAMA | Konsep |
TALKIN | Perlakuan mengajar ucapan kalimah syahadah dengan membisikkannya pada telinga seseorang mukmin yang sedang menghadapi saat kematian atau dalam keadaan sakaratul maut. | AGAMA | Konsep |
PERAYAAN UMAT ISLAM | Perayaan Umat Islam ialah hari kemuliaan, iaitu himpunan amalan yang berkaitan dengan ibadat dan adat. Dari segi amalan ibadat ialah solat, zikir (mengingati Allah), tahlil (berzikir dengan kalimah tauhid “Lailahaillallah”), tasbih (memuji Allah S.W.T. dengan Subhanallah) dan takbir (mengagungkan Tuhan dengan Allahu Akbar). Manakala adat kebiasaan pula seperti makan, minum, pakaian, perhiasan, kelapangan, kegembiraan dan amalan yang diharuskan dalam Islam. | UMUM | |
MUHAJIRIN | Muhajirin ialah nama yang diberikan kepada sekumpulan sahabat Rasulullah s.a.w. yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya lebih dahulu daripada orang lain. Mereka berhijrah meninggalkan keluarga, rumah, tanah air dan harta benda semata-mata untuk menegakkan kalimah Allah dan mengembangkan agama-Nya. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar”. (Surah al-Tawbah 9:100) | UMUM | |
SURAH AL-NAZI‘AT | Surah al-Nazi‘at ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-79 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 46 ayat. Surah ini dinamakan al-Nazi‘at (malaikat-malaikat yang mencabut) kerana lafaz sumpah yang menggunakan kalimah tersebut terletak pada permulaan surah. | UMUM | |
SURAH AL-NAS | Surah al-Nas ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-114 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an, iaitu surah terakhir dan mengandungi enam ayat. Surah ini dinamakan al- Nas (manusia) untuk memuliakan manusia di mana perkataan Rabb yang bermakna Tuhan disandarkan kepada kalimah tersebut. | UMUM | |
KUFUR | Kufur, kalimah Arab bererti menutupi sesuatu. Ia boleh diertikan sebagai orang yang menanam benih kerana ia menutupi benih itu di dalam tanah. | AGAMA | Konsep |