| MACINTOSH CHARLES | Macintosh Charles ( 1766–1842), ahli kimia dan pereka British, yang terkenal kerana mencipta fabrik kalis air. Mackintosh, iaitu pakaian luar kalis air dinamakan sempena namanya. | UMUM | |
| KAIN MINYAK | Kain minyak ialah kain berat, kalis air yang digunakan untuk menutup meja dan dinding yang mesti kerap dicuci. | UMUM | |
| SWAN | Swan ialah burung air yang berkaitan rapat dengan itik dan angsa. Seperti itik dan angsa, swan mempunyai paruh leper; leher panjang; bulu pelepah kalis air; kepak panjang dan tirus; ekor dan kaki pendek; dan kaki renang. Tetapi kebanyakan swan lebih besar dan mempunyai leher yang lebih panjang lagi daripada itik dan angsa. | UMUM | |
| LILIN PARAFIN | Lilin parafin ialah pepejal yang melekit, berwarna putih, sebahagiannya jernih yang tidak berbau atau tidak berasa. Lilin parafin membentuk lapisan kalis lembapan, dan digunakan untuk membuat bekas kadbod kalis air seperti karton susu. Ia juga adalah bahan utama untuk membuat lilin. | UMUM | |