Kalsium karbonat ialah mineral berhablur,
berwarna putih. Formula kimia kalsium karbonat
ialah CaCO3.
Dolomit ialah mineral yang menjadi sumber
utama magnesium yang diperoleh daripada
kerak bumi. Dolomit agak keras dan rapuh, dan
terdiri daripada kalsium karbonat dan magnesium
karbonat. Formula kimia dolomit ialah CaMg (CO3)2 .
Stalagmit ialah pembentukan batu yang timbul
dari lantai gua, khususnya di dalam gua batu kapur.
Kebanyakan stalagmit terbentuk apabila air yang
menitis ke lantai dari dinding dan bumbung
sesebuah gua, membawa bersamanya kalsit terlarut,
iaitu satu bentuk kalsium karbonat. Apabila air
memasuki persekitaran gua itu, air tersebut
kehilangan karbon dioksida dan meninggalkan
kalsit. Kalsit bertimbun menjadi bentuk batu yang
berwarna-warni, yang kelihatan seperti jurai air batu
yang terbalik.
Tasik Blue, terletak di lekukan yang curam kon
gunung berapi lama, iaitu Gunung Gambier, di
Australia Selatan. Kedalaman maksimumnya ialah
77 meter. Warna airnya akan berubah daripada
kelabu pada musim sejuk kepada biru pada musim
panas. Sebab-sebab berlakunya perubahan ini
tidak difahami dengan sepenuhnya. Teori yang
paling munasabah ialah bahawa kalsium karbonat
yang larut dalam air mendak semasa musim panas
dan butir-butirnya menyerakkan cahaya matahari.
Lihat Cahaya (penyerakan).
Air sadah, air tanah yang mengandungi karbonat kalsium, magnesium dan mungkin juga ferum dalam bentuk larutan yang menyebabkan air sukar berbuih apabila dimasukkan sabun.
Kalsit adalah satu daripada mineral yang paling
banyak didapati di bumi. Ia adalah bentuk kalsium
karbonat yang paling stabil. Formula kimianya ialah
CaCO3.
Thanks for clicking. That felt good.