ROBOHNYA SURAU KAMI | ROBOHNYA SURAU KAMI, kumpulan cerpen karya A.A. Navis. Kumpulan cerpen ini mengandungi 121 halaman. Ia dicetak pada tahun 1956 oleh penerbit Nusantara dan diulang cetak pada tahun 1961 dan 1966 oleh penerbit yang sama. | SASTERA | Karya |
SYINTO | Syinto ialah fahaman agama tertua yang masih diamalkan di Jepun. Perkataan Syinto bermakna cara tuhan. Penganut Syinto menyembah banyak tuhan, yang dikenali kami. Menurut Syinto, kami ialah daya asas pada gunung, sungai, batu, pokok, dan bahagian alam semula jadi yang lain. Syinto juga menganggap kami sebagai daya asas dalam proses seperti penciptaan sesuatu kejadian, penyakit, tumbesaran, dan penyembuhan. | UMUM | |
NABI MUSA A.S. | Nabi Musa a.s. ialah nabi dari kalangan Bani Israel , juga merupakan (Utusan Allah) bagi mereka. Namanya ialah Musa ibn ‘Imran tetapi bukan abang Maryam binti ‘Imran (Ibu Nabi Isa a.s.) seperti anggapan sesetengah orang. Ini adalah kerana perbezaan masa di antara kedua-duanya beratus- ratus tahun. Baginda diutuskan oleh Allah SWT. kepada Firaun dan kaumnya yang amat menyombongkan diri dan suka membuat kerosakan. Baginda juga salah seorang nabi yang paling kerap disebut dalam al-Qur'an, malah disebutkan kisah baginda secara terperinci di beberapa tempat dalam al-Qur'an. Beberapa ayat yang lain turut menceritakan kehidupan Nabi Musa a.s. secara ringkas. Antaranya, firman Allah yang bermaksud: “Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (al-Qur'an) ini perihal Nabi Musa; sesungguhnya dia adalah orang pilihan, dan seorang Rasul lagi nabi. Dan Kami telah menyerunya dari arah sebelah kanan Gunung Thur Sina, dan Kami dampingkan dia dengan diberi penghormatan berkata-kata dengan Kami. Dan Kami kurniakan kepadanya dari rahmat Kami, saudaranya Harun yang juga seorang nabi”. (Surah Maryam 19:51–53) | UMUM | |
MUGHNIY AL-LABIB | Mughniy al-Labib ialah kitab karya Ibn Hisyam al-Ansariy. Ia dianggap sebagai kitab nahu yang penting dan baik. Nama lengkap kitab ini ialah Mughniy al-Labib ‘an Kutub al-A’arib . Ibn Khaldun berkata: “Kami tidak pernah menjumpai seorang yang pakar dalam bidang nahu selepas Sibawayh melainkan Ibn Hisyam dan kami tidak pernah jumpa kitab yang lebih baik daripada kitab al- Mughniy”. | UMUM | |
NABI IBRAHIM A.S. | Nabi Ibrahim a.s. ialah anak kepada Azar. Al- Qur’an tidak menyebut nasab Nabi Ibrahim a.s. lebih daripada ini. Tetapi kitab suci lain menyebut nasabnya seperti yang berikut: Tarikh ibn Nahur ibn Sarugh ibn Arghu ibn Paligh ibn Abir ibn Shalikh ibn Qaynan ibn Arfakhshad ibn Sam ibn Nuh. Nabi Ibrahim bergelar ketua para nabi dan bapa para nabi, kerana bermula daripadanya, lahir para nabi lain. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “ Dan Kami kurniakan kepadanya: Ishaq (anaknya) dan Ya’kub (cucunya), dan Kami jadikan dalam kalangan keturunannya orang-orang yang berpangkat nabi dan menerima kitab-kitab agama, dan Kami berikan balasannya yang baik di dunia; dan sesungguhnya adalah dia, pada hari akhirat dari orang-orang yang salih”. (Surah al-‘Ankabut 29:27) | UMUM | |
NABI ISHAQ A.S. | Nabi Ishaq a.s. Nama baginda ialah Ishaq ibn Ibrahim a.s. Ibu baginda bernama Sarah. Nabi Ishaq a.s. adalah anak kedua Nabi Ibrahim a.s. Berita gembira tentang kelahirannya dibawa oleh malaikat. Allah SWT berfirman mengenai Nabi Ibrahim a.s. yang bermaksud: “Maka apabila dia berhijrah meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain daripada Allah SWT, Kami kurniakan kepadanya, Ishaq (anaknya) dan Ya’kub (cucunya) dan kedua-duanya Kami jadikan berpangkat Nabi”. (Surah Maryam 19:49) | UMUM | |
KESATUAN AKSI MAHASISWA INDONESIA | KESATUAN AKSI MAHASISWA INDONESIA, gabungan persatuan mahasiswa di Indonesia yang menentang Gerakan 30 September 1965 (Gestapu). Kesatuan Aksi Mahasiswa Indonesia atau ringkasnya KAMI, dirasmikan pada 25 Oktober 1965 di rumah Menteri Pendidikan Tinggi waktu itu, Brig. Jen. Dr. Syarif Thayeb. Antara pemimpin yang terlibat termasuklah Cosmas Batubara, David Napitupulu, Abdul Gafur, Marsilam Simanjuntak dan Liem Bian Koen. Anggota KAMI terdiri daripada Himpunan Mahasiswa Islam, Pergerakan Mahasiswa Islam Indonesia, Serikat Organisasi Mahasiswa Lokal, Perhimpunan Mahasiswa Katholik Republik Indonesia, Gerakan Mahasiswa Kristen Indonesia, Ikatan Mahasiswa Muhammadiyah, Serikat Mahasiswa Muslimin Indonesia dan lain-lain. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
ABU QATADAH AL-ANSARIY | Abu Qatadah al-Ansariy ( ? –54 H/?–674 M.) ialah salah seorang daripada sahabat Nabi SAW dari suku Khazraj. Dia juga salah seorang daripada anggota tentera berkuda Rasulullah SAW. Baginda pernah memuji kegagahannya dalam sesetengah peperangan dengan bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik tentera berkuda kami ialah Abu Qatadah.” | UMUM | |
SURAH AL-KAWTHAR | Surah al-Kawthar ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-108 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi tiga ayat. Ia dinamakan surah al-Kawthar (kebaikan yang banyak) berdasarkan firman Allah S.W.T. di dalam surah tersebut yang bermaksud: “Sesungguhnya kami telah berikan kepadamu nikmat yang banyak (al-Kawthar)”. (Surah al-Kawthar 108:1) | UMUM | |
SURAH AL-INSHIRAH | Surah al-Inshirah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-94 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi lapan ayat. Surah ini dinamakan al-Inshirah (perihal melapangkan dada Nabi) kerana dalam ayat pertamanya Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Bukankah Kami telah lapangkan dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?” (Surah al-Inshirah 94:1) | UMUM | |