Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kam.pai] | کمڤاي

Definisi : Mn; berkampai, berkampaian ber­selerakan, berkaparan: mayat-mayat musuh ~ di tempat pertempuran itu; mengampai berbaring: Rijnhaard ~ di atas kerusi malas; mengampaikan membaringkan: ia ~ tubuhnya di atas katil; terkampai terbaring (kerana letih dll): sekujur badannya lemah dan ia pun ~ di atas kerusi malas itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kampai


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAMPE

KAMPE, pelabuhan perdagangan sekitar abad ke-7 M. Kampe atau Pulau Kampai terletak di kecamatan Teluk Haru, kabupaten Langkat, Propinsi Sumatera Utara. Penduduk tempatan ialah suku bangsa Melayu berasal dari Kedah yang berpindah secara besar-besaran ketika Kedah diserang Siam sekitar tahun 1837.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas